Tokoh Sukan 2015 (Ali Zubidee)

9 ali zubidee - corakEncik Mohamed Ali bin Shaik Isa Zubidee telah dilahirkan di Seng Teik Road, Georgetown, Pulau Pinang pada 1 April 1938. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baru dari tahun 1946 hingga 1950 kemudian melanjut  pengajian menengahnya di Sekolah Westland dari tahun 1951-1953.

Beliau adalah seorang Ahli Perniagaan  tetapi terlibat didalam bidang sukan dari bangku sekolah lagi dan masih dapat bergiat lagi sehingga hari ini. Beliau pernah satu ketika dahulu menjadi Presiden Ridz Badminton Party dari tahun 1968 sehingga tahun 1980 dan Presiden Persatuan Badminton Melayu Pulau Pinang dari tahun 1975 hingga 1993.

Dalam tahun 1994-1998 beliau telah menjadi Naib Presiden Persatuan tersebut dan menjadi  Ahli seumur Hidup Persatuan Badminton Melayu Pulau Pinang. Pembabitan beliau dalam sukan badminton telah berjaya membawa anak-anak Melayu dari terlibat dalam kencah yang tidak sihat.Beliau juga telah membawa pasukan PBMPP bertanding di Sabah, Singapura dan Medan Indonesia.

Pada setiap 2 tahun PBMPP selaku penganjur pertandingan yang disertai oleh peserta-peserta dari semenanjung, Sabah, Sarawak, Medan dan Singapura. Beliau juga pernah mendidik anak-anak yatim Pulau Pinang dalam Sukan Badminton secara sukarela.