Tokoh Agama 2012 (Hj Abd Aziz)

5-agama

Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Salleh telah dilahirkan pada 23 September 1946 di No. 47 Jalan Ah Quee, Georgetown, Pulau Pinang, dari keluarga yang  terkenal di Pulau Pinang.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St.Xavier’s Institution Penang dalam tahun 1955 hinggalah tahun 1960 (Sesi Petang ) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di sekolah yang sama dari tahun 1961 hingga 1966 (Sesi pagi). Setelah tamat pengajian sekolah menengah beliau meneruskan pengajian di Sekolah Agama Al-Madrsatul Mahmoodatul Arabiyah (di  Ah Quee Street)  selama 5 tahun  dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Al-Mashoor Arabic School ( di Tek Soon Street, Pulau Pinang.

Setelah tamat pengajian beliau telah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai seorang Security,Fire & Safety Officer hingga bersara daripada perkhidmatan. Beliau adalah seorang Penasihat, Secretariat Alumni, Maahad Tahfiz Al –Quran Wal Qiraat, Negeri Pulau Pinang sekarang ini.

Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Salleh sekarang ini adalah seorang Guru Agama sepenuh masa dan mengajar  Al Quran, Bahasa Jawi, Fardu Ain & Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar sekolah. Beliau juga mengajar pelajar dewasa dalam bidang bacaan tajwid dan bacaan Al-Quran. Pada musim cuti sekolah beliau mengadakan Kelas Akademik untuk pelajar-pelajar  sekolah dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Disamping sibuk menjalankan tugas-tugas sehariannya beliau masih dapat menyumbang tenaganya dalam bidang kebajikan dan kemasyarakat melalui pertubuhan dan persatuan yang dianggotainya.

Leave a Reply