2-masyarakat

Y. Bhg. Dato’ Haji Sulaiman Bin Abdullah telah dilahirkan di Georgetown Pulau Pinang  pada 8 Julai 1946 salah seorang anak kepada Mendiang Krishna Iyer seorang Guru terkenal di Penang Free School.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wellesley pada tahun 1953 – 1954, dan di Sekolah Kebangsaan Francis Light, Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1955 hingga 1957, beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Penang Free dari 1958 hingga 1964. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajarannya ke:

(a)  Universiti of Singapore (Jurusan Undang-Undang) pada tahun 1965-1969 dan lulus dengan Ijazah LLB Hons
(b)School of Oriental & African Studies Universiti of London dari tahun 1976-1979 dengan memperolehi LLM
(c)  International Islamic Universiti Malaysia pada tahun 1992 dengan memperolehi Diploma in Syariah Law & Pratice (D.S.L.P) pada tahun 1992.

Disamping sibuk dengan tugas-tugas harian beliau juga dapat menyumbangkan tenaganya dalam bidang Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan menjadi Penasihat Guaman Persatuan China Muslim Pulau Pinang pada tahun 1971 hingga 1972.

Beliau juga adalah seorang  Ahli Seumur Hidup : CAP,SAM,SCA, MERAS, MEDICO LEGAL. Serta seorang bekas Ahli Majlis CAP,SAM, Penang Library, Alliance Franscaise dan Penang Society.

Dalam bidang sukan beliau meminati kricket dan Hoki dan pernah mewakili Penang Bar. Dalam beberapa perlawanan hoki dan bola sepak veteran beliau juga mewakili  untuk Malaysian Bar.

Beliau pernah  dilantik  menyandang  jawatan-jawatan yang berikut sepanjang perkhidmatannya :

  • Peguam di Lim Kean Siew & Co 1970-1973
  • Pensyarah Fakulti Undang-Undang di University Malaya 1973-1984
  • Peguam di Zain & Co Kuala Lumpur 1984-2002
  • Setiausaha Majlis Peguam 1993-1995
  • Ahli Majlis Peguam Sejak 1989
  • Mengendalikan Firma Guaman sendiri di Petaling Jaya dari 2002 hingga sekarang

Beliau juga telah banyak menyumbangkan tenaga dan khidmatnya dalam bidang undang-undang kepada Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dengan percuma.

Selain dari beberapa jawatan penting beliau juga secara sambilannya mengajar Undang-Undang di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Syariah di Universiti Malaya (UM)

Nilampuri dan Fakulti Sastera di Universiti Malaya (UM)

Atas jasa-jasanya ini, YBhg. Dato’ Sulaiman Bin Abdullah telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dengan Darjah yang berikut:

a)     Darjah D.J.M.K    – pada tahun 2011 yang membawa gelaran Dato’