Tokoh Kemasyarakatan 2012 (Abdul Fareed)

Dilahirkan pada 21 March, 1969 .Encik Fareed telah didedahkan dengan semangat Muhibbah dan perpaduan apabila ibubapa beliau telah menghantar beliau ke 3 buah tadika yang berlainan, masing-masing di sebuah Gereja, Pusat Agama Buddha dan Tadika Cina.

Beliau telah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah St Xavier Cawangan Pulau Tikus,Pulau Pinang dan melanjutkan persekolahan menengahnya di St Xavier Intitution, Pulau Pinang dan menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, di Kuala Terengganu, apabila keluarganya berpindah kesana.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Wolvehampton, United Kingdom dan lulus dengan kepujian Kelas Dua.

Encik Abdul Fareed bin Gafoor Seterusnya, meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman dan memperolehi kelulusan Professional Sijil Amalan Guaman (CLP), beliau  juga memperolehi Diploma In Syariah Law & Practice (D.S.L.P) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau , sekarang ini adalah rakan kongsi kanan Firma Guaman VM Mohan, Fareed & Co yang  menjalankan amalan guaman sejak tahun 1996.

Beliau telah  dilantik  menyandang  jawatan-jawatan yang berikut sepanjang perkhidmatannya :

  • Naib Pengerusi – Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Pulau Pinang dari 2008 hingga sekarang
  • Ahli Jawatankuasa – Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang dari 2005 hingga sekarang
  • Pengerusi – Peguam Syariah Pulau Pinang 2005-2007
  • Pengerusi – Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam 2009 hingga sekarang
  • Pengarah – Muslim Lawyers Network

Beliau Juga telah menjadi Penasihat Undang-Undang untuk:-

  • Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang
  • Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang
  • Dewan Perdagangan Islam Malaysia Pulau Pinang
  • Persatuan Pedagangan Dan Pengusaha Melayu Malaysia Pulau Pinang
  • Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang
  • Penang Chinese Town Hall

Beliau juga banyak menyumbang tenaga dan khidmatnya sebagai penasihat dalam bidang undang-undang kepada Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Encik Abdul Fareed adalah seorang yang peramah dan senang dihubungi serta sedia memberi khidmat dan nasihatnya bila diperlukan.Beliau juga dikenali ramai dan mudah berkongsi pendapat.

Atas jasa-jasanya ini, Encik Abdul Fareed Bin Abdul Gafoor telah dianugerahkan Pingat oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dengan Pingat yang berikut:

  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) – 2004
  • Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T) – 2012

Leave a Reply