Tokoh Pendidikan 2012 (Prof Omar Osman)

1-pendidikan2012

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr Omar Bin Osman telah dilahirkan di No 1495, Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Setar,Nibong Tebal pada tahun 1965 hingga 1970 dan melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah  Penang Free  dari tahun 1971 hingga 1978.

Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran tingginya ke University  Technology Malaysia  dalam tahun 1981 dengan mengikuti program  Diploma in Quantity Serveying.

Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Of Mid Glamorgan dan memperolehi Ijazah BSc Quantity Surveying (CNAA) (Commendation) Quantity Surveying, Polythecnic of Wales pada tahun 1984.

– MSc in Construction Management (Building) Construction Project Management dari Herriot-Watt University pada 1985
– PhD in Project Management dari Herriot- Watt University pada tahun 1989

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia(USM) dari 1989 hingga 1994. Selepas menjadi Pensyarah, selama 5 tahun ,beliau telah berkhidmat di Syarikat Bina Darulaman Berhad Kedah sebagai Pengurus Syarikat.

Dalam tahun 1998 beliau menukar kerjayanya  ke Nothern Engineering and Construction Sdn Bhd sebagai Pengarah Teknikal.Sekitar Tahun 2000 hingga 2004 beliau berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran Malaysia dan didalam tahun 2005 beliau telah berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia(USM) sebagai Pengarah, Bahagian Pembangunan Koperat .

Didalam tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor,Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar,USM dan dilantik sebagai Naib Canselor USM pada tahun 2011 hingga sekarang.

Y. Bhg. Prof.Dato’Dr Omar Osman pernah juga memegang pelbagai jawatan dalam pelbagai Badan Koprat dan university-universiti antaranya adalah

–        Pengerusi,  CAPS Knowledge Transfer Project IPTA
–        Pengerusi,  CAPS Holistic Student Development IPTA
–        Pengerusi,  Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
–        Pengerusi,  Indonesian-Malaysian-Thailand Golden Triangle
–        Pengerusi,  Jawatankuasa Pengelola Muslim Universities Vice-Chancellors Conference Presiden,    Asia Pacific Universities Committee Engagement Network
–        Presiden Kehormat, ASEAN Universities Sports Council
–        Ahli Majlis,  Jawatankuasa Pembangunan Bumiputera. P.Pg
–        Ahli Majlis,  Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan, P.Pg
–        Ahli Lembaga Pengarah,  Open University Malaysia
–        Ahli Lembaga Pengarah,  Majlis Inovasi Negara
–        Ahli Lembaga Pengarah,  Majlis Peperiksaan Malaysia
–        Ahli Lembaga Pengarah,  Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (MOSTI)
–        Ahli,  Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Standard Industri Pembinaan (CIDB)

Atas jasa-jasanya ini, YBhg.Prof. Dato’Dr Omar Osman telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan/Darjah Kebesaran/Pingat seperti  yang berikut:         

a)     Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ), 2010 dengan gelaran “DATO”
b)    Bintang Cemerlang Negeri (BCN), 2009
c)     Anugerah Tokoh Sukan MASUM, 2010
d)    Penganugerahan Pangkat Leftenan Kolonel, 2010
e)     Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia, 2011
f)      Anugerah Citra Karisma, tokoh ALUMNI Universiti Teknologi Malaysia, 2012
g)     Anugerah Tokoh Sukan MASUM, 2012
h)    Penganugerahan Pangkat Kolonel Kehormat, 2012

Leave a Reply