7-senibudaya

Encik Ahmad bin Ramli  telah dilahirkan di  Telok Kumbar, Pulau Pinang pada 17 Julai 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jelutong pada tahun 1962 – 1968 dan kemudiannya melanjutkan pengajian Menengahnya di Sekolah Menengah Jelutong  pada tahun 1969-1973. Beliau, selepas itu ke Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang dan lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1975.

Encik Ahmad bin Ramli kemudiannya melanjutkan pelajaran tingginya  ke Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1976-1979 dan memperolehi Diploma Sains serta Pendidikan-Pengkhususan  dalam bidang  Fizik dan Matematik dan pada tahun 1985 beliau telah  memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan – Pengkhususan dalam bidang Fizik dan Matematik dari Universiti yang sama. Beliau juga telah memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengkhususan Pengurusan Pentadbiran ) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1998.

Didalam tahun 1999 hingga 2012 beliau telah berkhidmat di SEAMEO-RECSAM dengan memegang beberapa jawatan seperti Specialist (Pendidikan Sains), Pendaftar,Ketua Bahagian Pentadbiran dan Timbalan Pengarah (Bhgn Pentadbiran) Pada April 2012 beliau telah dilantik menjadi Pengetua Sek.Men.Keb Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, di Pulau Pinang sehingga sekarang.

Beliau juga telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi kepada Consumer Forum Malaysia di bawah Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia bagi tempoh 2011-2012.

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih kurang 18 tahun dalam bidang Terbitan/Penulisan buku,artikel,jurnal,pembentang kertas kerja ,persedian modul –modul  dan pencipta lirik /lagu  Peringkat kebangsaan dan Antarabangsa diantaranya :-

1 Pembentangan Kertas Kerja;” Vocational Education as a solution to Drop-out problem among students” Untuk lion Club Penang
2 Artikel: Lirik Lagu: kaitannya dengan keharmonian melodi- Dewan Budaya Kebangsaan
3 Lirik Dan lagu; Suatu gandingan harmonis   untuk Universitas Andalas Indonesia
4 “Inter Centre Collaboration: “What can we do” untuk Seameo-RECSAM
5 Motivasi anak-anak yatim anjuran UUM: sebagai seorang fasilitator
6 Konferens serantau SMASSEA- mempromosi Program RECSAM ke Benua Afrika: pembentang kertas kerja
7 Menjadi Pencipta 2 Lagu Khas untuk Rancangan Puisi Angkasapuri 2007 terbitan RTM bagi memperingati Perjuangan bekas Perdana Menteri Tun Abdull Razak.
8 Penghasilan 29 buah lagu puisi yang dipetik dari puisi penyair tempatan sebagai pencipta/pengubah/penerbit dan penyanyi
9 Mengalbumkan Kumpulan Lagu-Nasyid Negeri untuk JAIPP  dan Penyedian Lagu Tema Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Encik Ahmad Ramli juga menceburi  bidang ICT  seperti Pengahasilan Album menggunakan Digital sound /editing/sequencing/mixing dan mastering/pembinaan Laman Web Koperat (KPM dan Swasta untuk Recsam dan sendiri.

Atas jasa dan sumbangan beliau kepada masyarakat Encik Ahmad Ramli  juga telah dikurniakan Pingat Jasa Masyarakat ( P.J.M ) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Pada  tahun 2005.

Encik Ahmad bin Ramli adalah seorang yang berkebolehan mencipta lagu ,antaranya adalah:-

– Lagu Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan :Guru Gemilang Teras Kejayaan Wawasan.
– Lagu Patriotik “ Sumpah Anak Bangsa” dan “Memimpin dan Dipimpin”
– Mencipta lagu “Aku Mencari Damai Abadi” puisi ditulis oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia.
– Mencipta /menulis lirik/menyedia muzik lagu bagi 8 buah Sekolah dan banyak lagi

Beliau juga berkebolehan khas dalam seni lagu  seperti :-

o   Penerbitan Album Puisi bertajuk  “Lagu-Lagu Penghayatan Puisi Kekasih“ 1996 bersama EMI Malaysia.
o   Johan Sayembara Mencipta lagu Puisi anjuran BDP, 1998 dengan membawa lagu dari puisi Kemal “Sajak Untuyk Pon Mariam“
o   Penerbitan Album lagu-agu Puisi/Nasyid/Boria
o   Artis program “Anjung  Budi” terbitan RTM 1.

Album “Lagu-Lagu Penghayatan Puisi Kekasih“ diterbitkan pada tahun 1996 memuatkan semua lagu puisi ciptaan dan nyanyian oleh Ahmad Ramli

Album Keroncong Puisi “Pohon“ diterbitkan pada tahun 2012 memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan Ahmad Ramli dan Sani Sudin (Koperatsa) beserta beberapa lama termasuk “Keroncong Kuala Lumpur“, “Serunai Malam“ dan “Semalam di Malaya“.