3-usahawan

Y. Bhg Datuk Mohd Noor Bin Hussain   telah dilahirkan di  Pulau Pinang  pada 11 November,1954  ,Anak bungsu kepada “ Pak  Hussain Bomba” atau lebih dikenali sebagai Datuk Mohd Noor Poshni.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kelawei, Pulau Pinang pada tahun 1961 hingga 1966  dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di  Sek.Men. Jalan Scotland,Pulau Pinang  ,dalam tahun 1967 hingga 1970 beliau menuntut di Asrama Penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman ,Ipoh,Perak (STAR) dan mendapat kelulusan Higher School Certificate (HSC) .Semasa Zaman persekolahan beliau begitu giat dalam permainan Sepak Takraw dan pernah mewakili sekolah keperingkat Negeri Perak.

Selepas tamat pengajian beliau mula bekerja sebagai seorang Penyelia di sebuah Kilang di Dynacraft International, Bayan Lepas , Pulau Pinang (Bahagian Engineering) sekitar tahun 1974 hingga 1978.

Datuk Mohd Noor Hussain  telah memulakan kerjayanya sebagai seorang Ahli Perniagaan  pada tahun 1978 sebagai pengusaha  Restoran  “ RESTORAN POSHNI” Masakan Thailand yang pertama di Pulau Pinang ,beroperasi hingga tahun 2002 dan oleh kerana minat dalam bidang perkhidmatan ,beliau telah mengorak langkah dalam bidang Pembekalan Makanan Bermasak Ke Sekolah-Sekolah Asrama Penuh di Pulau Pinang dan Seberang Perai  selama 30 tahun.

Disamping itu juga,beliau  menjalankan perniagaan pengimpot dan pengekspot sayur-sayuran dari Indonesia, Thailand dan China  selama 25 tahun dan masih menjalankan perniagaan ini hingga sekarang.

Beliau juga dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah kepada beberapa Syarikat Sendirian Berhad  sehingga sekarang.

Y. Bhg Datuk Mohd Noor Hussain Sebagai  Pengusaha Poshni Restoran dan Pengerusi Koperasi Melayu Pulau Pinang ,sangat kenali ramai di Sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Beliau mempunyai sifat peramah dan perihatin terhadap  kebajikan Pekerja dan ahli anggota Koperasi yang dipimpingnya. Jika dilihat dari prestasi dalam kepimpingan Koperasinya ,beliau lebih peka tentang kebajikan Ahli Anggota dan berkeyakinan akan mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan saat-saat kegemilangan Koperasi Melayu Pulau Pinang seperti suatu ketika dahulu semasa kepimpinan Y.Bhg Tan Sri Syed Abbas Alhabshee  dan rakan-rakan beliau satu ketika dahulu.

Disamping kesibukan dengan Perniagaan ,beliau juga dapat menyumbangkan tenaganya dalam badan Kebajikan , Kemasyarakatan dan pernah menganggotai dalam  beberapa Badan-Badan yang berikut:-

POLITIK

– Ketua Cawangan UMNO Caw.Taman Hijau               -1993 hingga semasa.
– Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong                   – sehingga 1994
– Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelutong                 -1995-1998
– Ketua UMNO Bahagian Jelutong dan Jawatankuasa BPUN Negeri Pulau Pinang     -2001-2004
– Menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang        -1997-2003

KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN

– Ahli Seumur Hidup Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
– Penaung & Penasihat Persatuan Titian Kasih
– Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rumahpangsa Lebuh Gat Jalan Macallum,Pulau Pinang
– Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Caw. Pulau Pinang Selama 2 penggal
– Ahli Jawatankuasa PERDASAMA Negeri Pulau Pinang – selama 2 penggal
– Presiden, Persatuan Basikal Bukit/Bowling Peringkat Negeri  Pulau Pinang dari 2005 hingga 2009
– Pengerusi, Kopersai Melayu Pulau Pinang Berhad dan Ahli Majlis Mesyuarat Pembangunan Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang sejak 2006 hingga sekarang.

Atas jasa-jasanya ini, YBhg.Datuk Mohd Noor Hussain telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan/Darjah Kebesaran/Pingat seperti  yang berikut:

– Tahun 1996  – mendapat pingat dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T)
– Tahun 2003 – dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pingat Darjah Johan Negeri (D.J.N)
– Tahun 2004 – pingat Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) dari Kerajaan Negeri  Melaka  yang membawa gelaran “Datuk”