2-kemasyarakatan

Prof. Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali telah dilahirkan pada 17 Februari 1974 di Georgetown,Pulau Pinang dan berhijrah ke Negeri Selangor mengikut keluarganya semasa berumur 5 tahun.

Beliau memperolehi pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari ,Sabak Bernam Selangor dari tahun 1981 – 1986 dan di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra,Sabak Bernam Selangor dari tahun 1987 – 1991. Setelah menamatkan pengajian SPM dengan cemerlang, beliau mendapat tawaran biasiswa penuh untuk meneruskan pengajian ke peringkat matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau menamatkan pengajian di peringkat matrikulasi dengan jayanya dan telah ditawarkan dengan biasiswa penuh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke bidang pilihan beliau iaitu Sarjana Muda dalam bidang Farmasi di USM.Hasil usaha gigih beliau selama 4 tahun pengajian, beliau telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi Dengan Kepujian pada tahun 1998. Setelah menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, beliau berkhidmat sebagai Pegawai farmasi pelatih di Hospital Teluk Intan,Perak.

Pada tahun 2002, beliau telah dipilih untuk melanjutkan pengajian ke peringakat ijazah doktor falsafah dalam bidang farmasi sosial di Monash University , Melbourne,Australia. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama diterima masuk untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini di university terkemuka Australia dan telah berjaya dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah pada Jun 2006,

Sekembalinya beliau dari Australia, beliau telah dilantik sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF),USM . Beliau diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan tertinggi USM untuk menerajui Disiplin Farmasi Sosial dan Pentadbiran di PPSF. Beliau juga telah dipilih untuk mengetuai kumpulan kebangsaan bagi Rangkaian Antarabangsa untuk Penggunaan Ubatan Secara Rasional (INRUD).

Pada masa kini juga beliau memegang jawatan sebagai professor kunjungan di instutusi perubatan dan farmasi di Nepal,India,Pakistan,Arab Saudi, Malaysia dan Australia.Beliau seringkali diundang ke negara-negara seperti Arab Saudi ,Nepal, Pakistan, Oman ,India , Sudan , Indonesia, Sri Lanka Thailand, Australia dan Britain untuk menyampaikan kuliah dan mengendalikan bengkel mengenai topik -topik kepakaran beliau yang berkaitan dengan kajian farmasi sosial dan kajian dasar ubat-ubatan .

Hasil kepakaran akademik unit beliau di rantau Asia, beliau juga telah dilantik sebagai Lembaga Penasihat Antarabangsa bagi makalah antarabangsa berprestig di Eropah seperti “American Journal of Pharmaceutical Education” , “Pharmacy Practice” , “Journal of Pharmaceutical Health Service Research” dan Journal of Pharmaceutical Policy and Practice” Beliau juga kerapkali diundang sebagai pengulas bagi junal antarabangsa ulung seperti “ Pharmacoepidemiology and Drug Safety” “ British Jourbal of Clinical Phamacology” , “Health Policy” , “ Value in Health” , “ Pharmacoenomics “ , “ International Journal of Pharmacy Pactice” dan “ International Journal of Clinacal Pharmacy” .

Di peringkat kebangsaan,beliau telah dilantik oleh pihak Kementerian Kesihatan sebagai Ahli bagi Lembaga Farmasi Malaysia . Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Persatuan Farmasi Malaysia ,Akademi Farmasi Malaysia dan Penasihat bagi Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia( MyPSA).

Dalam tempoh 7 tahun,Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali telah berjaya menyelia lebih daripada 25 calon-calon ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana terutamanya dalam bidang farmasi sosial dan amalan farmasi. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang farmasi sosial ,beliau juga telah dilantik oleh kebanyakan universiti luar Negara dari New Zealand, Australia,United Kingdom,Oman dan Arab Saudi sebagai pemeriksa luar bagi pelajar pascasiswazah dan penasihat kepada perkembangan kurikulum dan penyelidik bidang farmasi sosial di institusi-institusi pengajian tinggi Negara tersebut.

Sebagai seorang yang menitik beratkan aspek ilmiah seorang pendidik dan ahli akademik , Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali telah menerbitkan lebih daripada 240 artikel penyelidikan dalam jurnal peringkat antarabangsa dan telah mengarang lebih daripada 200 pembentangan bagi persidangan dalam dan luar Negara.

Dari segi sumbangan kemasyarakatan,beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi sebuah organisasi bukan kerajaan yang utama di Pulau Pinang iaitu Yayasan Bina Ilmu yang memenuhi keperluan pendidikan dan kesihatan bagi masyarakat yang kurang bernasib baik di negeri ini.

Beliau merupakan seorang ahli akademik yang banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Kepakaran beliau dalam memahami kehendak aspek sosial kesihatan dan sikap sering turun padang,beliau sentiasa disenangi oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan di negeri Pulau Pinang terutamanya yang memerlukan kepakaran beliau bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam penggunaan ubat-ubatan secara rasional.

Beliau juga berperanan dalam melibatkan pelajar-pelajar farmasi USM dan untuk turut serta mengenali dan membantu masyarakat setempat dalam apa jua aktiviti yang diperlukan.

Oleh kerana sumbangan yang cemerlang dalam bidang akademik dan masyarakat,beliau telah dianugerahkan dengan “ ANUGERAH FARMASI CEMERLANG BAGI TAHUN 2013 “ oleh Persatuan Farmasi Malaysia pada bulan September 2013.

Buat masa kini Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan bagi Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan di Pusat Pengajian Sains Farmasi,USM

Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali adalah seorang yang peramah dan senang dihubungi. Beliau sedia memberi khidmat dan nasihatnya jika diperlukan dengan tidak mengira masa.