4-kemasyarakatan2

Puan Hajjah Zainab Binti Md Ali telah di lahirkan di Kampong Harriot, Jalan Kelawei, Pulau Pinang pada 7 September,1946.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kelawei dari Darjah 1 hingga Darjah 3 dan seterusnya ke “ Special Malay Class” di Sekolah Convent Pulau Tikus hingga Darjah 6. Pada tahun 1960 beliau telah melanjutkan pelajaraan menengahnya ke Sekolah Menengah Convent Light Street hingga Lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965.

Pada tahun, 1967 beliau telah memperolehi kelayakan iktisas di Maktab Perguruan Pulau Pinang dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajarannya ke Institut Aminudin Baki hingga memperolehi Diploma Pendidikan dan di iktiraf sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Selepas dilantik sebagai seorang Guru pada tahun 1969, beliau telah ditempat di Sekolah Anglo Chinese School, Ipoh, Perak selama 2 tahun dan kemudiannya ditukar ke beberapa buah Sekolah di Pulau Pinang antaranya,

(i)   Sekolah Bukit Gelugor (1970-1984)
(ii)  Sekolah Convent Green Lane Sebagai Guru Kanan Bahasa Malaysia (1985-1997)
(iii) Sekolah Kebangsaan Batu Maung Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (1998-1999)
(iv) dan Sebagai Guru Besar di Sekolah yang sama pada tahun 2000 hingga bersara daripada perkhidmatan Kerajaan pada tahun 2001.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan kerajaan, beliau pernah:

(a)  Di pilih sebagai Guru Cemerlang oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
(b)  Guru Pembimbing Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
(c) Sebagai Guru Bertauliah Pemeriksa kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia (Penulisaan) dan Matematik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(d) Menjadi Pengadil / Bola Jaring Bertauliah Dalam Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) dan Jurulatih Bola Jaring dan Guru Seni dan Kebudayaan di Peringkat Sekolah.

Minatnya dalam kerja-kerja kemasyarakatan bermula semenjak muda lagi semasa menjadi seorang Guru Sekolah.Beliau sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan pelajaran murid-muridnya dan suka mendamping dengan Ibu Bapa pelajar bagi mengambil tahu masalah mereka. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha PIBG di beberapa buah sekolah bagi membantu IbuBapa dan pelajar bagi mengatasi beberapa masalah yang dihadapi.

Puan Hajjah Zainab juga tidak ketinggalan mencurahkan baktinya dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan dengan menganggotai dalam beberapa Badan dan Pertubuhan Kebajikan diantaranya:-

a)  Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan .Negeri Pulau Pinang ( sebagai Ahli Lembaga semenjak 1985 dan sekarang ini adalah sebagai Naib Pengerusi Lembaga)
b)   Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) – semenjak beberapa tahun ,menjadi Pengerusi WI Kampong Kastam dan sekarang ini menjadi Pengerusi  WI Daerah dan Jawatankuasa WI Negeri.
c)   PERKIM Cawangan Bandaraya ( sebagai seorang Ahli Jawatankuasa)
d)  Persatuan Perikatan Perempuan Melayu Pulau Pinang ( pernah menjadi juru audit dan sebagai Ahli Jawatankuasa sehingga sekarang)
e)  Ahli Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah Agama Rakyat –Murad Ad-Daniyah Taman Brown,Taman Tun Sardon,Pulau Pinang.
f)   Qaryah Masjid Bayan Baru sebagai Ahli Jawatankuasa  dan Pengerusi Wanita .
g)    Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) sebagai Ahli Jawatankuasa.

Beliau juga mengganggotai beberapa Persatuan sebagai Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup diantaranya :-

a)      Koperasi Guru Pulau Pinang dari tahun 1974 hingga sekarang
b)      Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia(NUTP) dari tahun 1979 sehingga sekarang
c)      Koperasi Melayu Pulau Pinang dari tahun 1998 – hingga sekarang
d)      Persatuan Pesara Guru-Guru Pulau Pinang  dan
e)      Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia  dari tahun 2001 hingga kini

Atas jasa-jasanya kepada masyarakat, beliau telah dikurniakan Bintang- Bintang Kebesaran Negeri Oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

a)      Pingat Jasa Masyarakat(P.J.M)                     1997
b)      Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K )                      2001
c)      Pingat Kelakuan Terpuji ( P.K.T )                  2005
d)      Darjah Johan Negeri (D.J.N )                        2013