Tokoh Pendidikan 2013 (Hj Ab Rahim)

5-pendidikan

Tuan Haji Ab Rahim bin Haji Darus telah di lahirkan di Bayan Lepas ,Pulau Pinang pada 8 Februari,1929.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bayan Lepas,Pulau Pinang sehingga 1945. Selepas pemerintahan Jepun di Tanah Melayu,Tuan Haji Ab Rahim telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim,Perak dari tahun 1948 hingga 1950 dan pada tahun 1951 dilantik sebagai seorang Guru dan di tugaskan untuk mengajar di Sekolah Melayu Bayan Lepas hingga tahun 1957.

Beliau kemudiannya telah diterima masuk ke Universiti Malaya.Singapura pada tahun 1957 dan dianugerahkan dengan Sijil Pendidikan pada tahun 1958. Sekembalinya ke Pulau Pinang pada tahun 1957, beliau telah ditugaskan mengajar di Penang Chinese High School dan kemudiannya ditukarkan ke Sekolah Menengah Agama ,Ipoh, Perak pada tahun 1960.

Tuan Haji Ab Rahim telah dilantik sebagai seorang Pensyarah dan ditempatkan :-

a) Di Maktab Perguruan Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1972 – 1977
b) Di Maktab Perguruan Sri Pinang,Pulau Pinang pada tahun 1977 hingga bersara daripada Perkhidmatan Perguruan pada tahun 1948.

Tuan Haji Ab Rahim adalah seorang yang aktif dalam bidang Pengakap serta Sukan Badminton dan Tennis semasa perkhidmatannya sebagai seorang Guru dan Pensyarah.

Beliau juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga baktinya dalam bidang kemasyarakatan dan kebajikan lebih-lebih lagi semasa beliau bergiat aktif dalam UMNO di Bayan Lepas dan dikenali ramai di Bayan Lepas dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Antara Badan-Badan lain yang di anggotainya adalah:-

a)      Masjid Al-Hidayah,Bayan Lepas sebagai Ahli Jawatankuasa
b)      Madrasah Al-Khairah,Bayan Lepas sebagai Ahli Jawatankuasa
c)      JKKK Kawasan Bayan Lepas sebagai Pengurusi
d)      Rukun Tetangga Bayan Lepas sebagai Pengerusi
e)      Koperasi Pemandu Teksi Pulau Pinang sebagai Ahli Jawatankuasa

Tuan Haji Ab Rahim juga pernah menjadi Pengarang dan Penulis kepada beberapa Buku Teks Sekolah Rendah terbitan Sinaran Bros. Beliau juga pernah dipilih sebagai:-

a)      Tokoh Guru Pulau Pinang (1997)
b)      Tokoh Guru oleh Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim,Perak
c)      Tokoh Persatuan Penulis Pulau Pinang
d)      Tokoh Bahasa dan Sastera Pulau Pinang

Atas jasa-jasanya ini Tuan Haji Ab Rahim telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dan Ahli Mangku Negara(AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Leave a Reply