Tokoh Seni Budaya 2013 (Mohamad Din)

3-senibudaya

Encik Mohamad Din Bin Haniffa@ MAT DIN telah dilahirkan di Rumah Kerajaan Sekolah Westlands,Jalan Victoria Green pada 14 Ogos 1966.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light,Pulau Pinang pada tahun 1973-1978 dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Abdullah Munshi pada tahun 1979-1981. Kini menetap di Kepala Batas,Seberang Perai Utara ,Pulau Pinang.

Pada tahun 1983,beliau menyertai kursus muzik selama setahun bersama KOMBO RTM PULAU PINANG dibawah pimpinan Dato Bashir Ahmad. Pada tahun 1985 beliau memasuki kelas muzik di Yamaha Muzik School di Pulau Pinang selama 2 tahun. Di tahun tersebut lagu pertama ciptaan beliau diterima oleh Komposer S. Atan untuk dimuatkan dalam album pertama Nassier Wahab dibawah Sri Record.

Pada 1985 .lagu ciptaannya MENCARI KETENANGAN nyanyian Shahrin telah berjaya ke peringkat kebangsaan di ABU POPULAR SONG CONTEST. Pada tahun 1986, beliau meninggalkan Pulau Pinang untuk menimba ilmu seni muzik di Kuala Lumpur.Beliau mendapat bimbingan daripada Komposer Kesuma Booty di Booty Boys Studio.Pada tahun 1986 lagu ciptaannya dimuatkan dalam album kedua Ibnor Reza berjudul Pemergian dan Menempa Kasih . Tahun demi tahun lagunya terus diterima oleh syarikat rakaman seperti CBS Record ,Sony Muzik, Heppy Record , EMI, Suria Record, Warnada, Warner Muzik, BMG, dan banyak lagi.

Pada tahun 1995 , beliau dilamar sebagai residen Komoser di CBS Records yang kemudiannya dikenali sebagai Sony Muzik. Beliau diberi kepercayaan oleh Komposer Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album untuk penyanyi Rohayu Majid. Lagu Selendang Rindu nyanyian Rohayu ciptaan beliau telah menjadi popular dan sering dimainkan dicorong-corong radio sehingga kini.

Pada tahun 1995,beliau menghasilkan album DALCA MARBA, nyanyian beliau sendiri dan pada tahun 1998, beliau menerbitkan album nasyid dibawah syarikat rakaman Broadway Entertaiment selaku penyanyi utama Kumpulan As-Salam.

Selain dari menghasilkan lagu untuk penyanyi tanah air, beliau pernah mencipta lagu tema Sukan Pulau Pinang (SUKPEN) pada tahun 2002 dibawah Majlis Sukan Negeri.Selain itu Mat Din sering diundang menjadi JURI oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Bintang Pesta dan juga Bintang Expo Seberang Jaya dan di ikuti pertandingan nyanyian seperti Bintang P.Ramlee,Nasyid, Boria, Bintang Patriotik, Bintang Asli dan juga Battle of the Band.Beliau juga di undang sebagai tenaga pengajar untuk kumpulan nasyid, koir dan boria untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sekolah-Sekolah, PDC dan Persatuan NGO.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah melantik beliau sebagai jurulatih nasyid pada tahun 2005 ke Peringkat Kebangsaan.Pada tahun 2012 beliau di anugerahkan “ANUGERAH TOKOH MUDA SENI MUZIK” daripada Seniman Negara Datuk Dr Ahmad Nawab.

Pada tahun 2008, beliau di pelawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghasilkan Lagu Tema Pesta Pulau Pinang yang digunakan hingga sekarang.

Kini beliau telah menghasilkan 300 buah lagu untuk penyanyi tanahair seperti Nassier Wahab, Shahrin,Ibnor Reza, Siti Musliha, Rohayu Majid ,Salleh Yaakob ,Fauziah Latiff Noraniza Idris ,Zairani ,Salwa Abd Rahman, Hana Yaakob , Syed Anaz , Kumpulan Umbrella, Kumpulan Screen, Kumpulan Data, Kumpulan Alleycats ,Saleem Iklim dan ramai Lagi.

Kejayaan-kejayaannya telah banyak disiarkan dalam Ahkbar – Akhbar Tempatan dan Bulitin Radio 3 ,Pulau Pinang.

Encik Mohamad Din Bin Haniffa@ MAT DIN adalah seorang yang peramah dan sedia memberi kerjasama dan membantu PEMENANG ,apabila melibatkan seni muzik dan budaya seni jika diperlukan dengan tidak mengira masa.