6-sukan

Encik Ahmed Ismail bin Haji Amin    telah dilahirkan di Jalan Bagan Luar,Butterworth pada 5 Disember 1952. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Francis Light,Pulau Pinang pada tahun 1959 – 1964 dan melanjutkan pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Georgetown ,Pulau Pinang pada 1965-1967 dan kemudiannya ke Sekolah Penang Free dari tahun 1968-1971 dengan mendapat kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan(HSC). Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Institut Teknologi MARA dari tahun 1973-1976 dan memiliki Diploma in Business Studies.

Minatnya dalam Sukan Bermotor  telah bermula sejak tahun 60an lagi. Beliau bersama-sama Abangnya adalah antara anak-anak Melayu Pulau Pinang ini yang telah bergiat cergas dan banyak menyumbang tenaga mereka dalam Sukan Bermotor ini. Encik Ahmed Ismail pernah dipilih sebagai:-

a)      Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Motor Pulau Pinang
b)      Timbalan Presiden Kelab Sukan Motor Pulau Pinang
c)      Ahli Jawatankuasa Persatuan AAM Malaysia
d)      Berkhidmat sebagai AAM Motor Sports Racing Steward sejak 15 tahun lalu hingga sekarang.
e)    Berkhidmat sebagai Motor Sports Racing Steward FIA/FIM  yang mengendalikan Motor GP dan Formula I sejak beberapa tahun yang lalu hingga sekarang
f)        Ahli Lembaga Jawatankusa AAM Motor Sports Council.

Lain – lain bidang Sukan Bermotor yang beliau terlibat adalah:-

a)      Sebagai Duta International Road ,Assessment Program (Asia Pacific)
b)      Technical Committee Asean NCAP Member
c)     Road Safety Expert UNESCAP Asian Pasific – Iaitu Badan yang mengendalikan Aspect keselamatan bagi Kereta Baru.
d)      Ahli Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Pulau Pinang
e)      Bendahari Kehormat Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia
f)       Ahli Jawatankuasa Malaysia Global Road Safety Partnership dan  beberapa Badan berkaitan Sukan Bermotor

Encik Ahmed Ismail juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaganya dalam bidang kemasyarakatan dan politik dan antara jawatan-jawatan yang pernah disandangnya adalah:-

a)      Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong
b)      Ahli Jawatankuasa PEMADAM
c)      Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Francis Light
d)      Pengerusi Qaryah Masjid Hashim Yahaya.
e)      Timbalan Pengerusi Persatuan Pengguna
f)        Ahli Lembaga dan Bendahari Koperasi Melayu Pulau Pinang Berhad Pulau Pinang.

Atas khidmat dan jasanya ini, beliau telah dianugerahkan Bintang-Bintang Kehormatan Negeri Pulau Pinang oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

a)      Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M. )                   1996
b)      Pingat Jasa Kebaktian  ( P.J.K. )                    1999
c)      Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T.)                    2013