1-usahawan

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rodzi Pawanteh telah dilahirkan pada 30 April 1956 di Rumah No-13C, Sir Hussein Gardens, Green Lane, Pulau Pinang dari keluarga yang terkenal di Pulau Pinang.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Welesley Primary School, Pulau Pinang pada tahun 1963 – 1967 dan melanjutkan pengajian menengahnya di Sekolah Penang Free pada tahun 1968 – 1970 dan ke Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang dari tahun 1971-1972 dan balik semula ke Sekolah Penang Free untuk menyambung pelajarannya hingga lulus Sijil Tinggi Pelajaran(HSC) pada tahun 1973-1974.

Selepas tamat pengajian menengahnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke University Malaya dan memperolehi Ijazah Bachelor of Economics(Hons) Accounting pada tahun 1978.

Beliau terus menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang dari beberapa University dengan memperolehi:

a)      Certificate of Deverlopment Banking dari Manchester Business School,UK pada tahun 1982
b)      Master of Business Administration Banking & Finance dari University of Hull, UK pada tahun 1990
c)      Professional Diploma in Marketing dari Chartered Institute of Marketing, UK pada tahun 1991
d)      Bachelor of Laws Honours dari University of Wolverhampton, UK    pada tahun 1993
e)      Master of Business Administration General Management dari Southern Cross University New South Wales, Australia pada tahun 2001
f)        Registered Financial Planner dari Malaysian Financial Planning Council pada tahun 2006

Semasa di Universiti Malaya beliau telah memegang beberapa jawatan aktif kegiatan mahasiswa dan adalah Ahli Majlis Perundingan Pelajar  Universiti Malaya dengan jawatan Penolong Setiausaha Agung University of Malaya Students Union. Beliau juga telah menjadi Pengerusi Persatuan Anak-Anak Pulau Pinang Universiti Malaya dan Setiausaha Agung University of Malaya Economics Society.

Walaupun beliau aktif dalam persatuan dan hal ehwal sosial , beliau telah berjaya mencapai keputusan akademik yang baik.

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1978 sebagai pegawai bank di Bank of America Kuala Lumpur dan ini adalah satu syarat kontrak sebab beliau telah ditaja dibawah Biasiswa Bank of America semasa di Universiti Malaya.

Pada tahun 1984 setelah berkhidmat selama 6 tahun dengan dua buah bank antarabangsa beliau mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan setelah mencapai jawatan peringkat pengurusan tinggi dalam perbankan. Sebagai seorang usahawan beliau telah menceburkan diri dalam bidang pengurusan projek, pengangkutan dan industri talian letrik voltan tinggi dimana beliau telah mewakili pengusaha-pengusaha Eropah dalam bidang pembekalan peralatan kepada industri tenaga.

Pada tahun 2001, beliau telah menceburi bersaingan bidang farmaseutikal dan syarikat ini telah berjaya menjadi pengilang bumiputra yang mempunyai dua buah kilang bertaraf antarabangsa.

Beliau telah dilantik sebagai Pengarah dan Ahli Exco KUB Malaysia Berhad semasa pengstrukturan semula syarikat KUB. Dengan pengalaman yang ada beliau telah diberi tanggungjawab dalam bidang makanan dan industri tenaga KUB. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif A & W Malaysia, Singapore dan Thailand serta Hotel Singgahsana Petaling Jaya dan KUB Power Sdn Bhd.

Beliau telah berjaya menguruskan ketiga-tiga perniagaan ini dan selepas 2 tahun Kerajaan telah melantik beliau sebagai Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad pada tahun 2004 sehingga 2012. Dengan pengalaman dan pendidikan yang beliau ada, beliau telah berjaya menjadikan Amanah Raya Berhad sebagai sebuah syarikat kerajaan yang telah mendapat branding secara global dengan menebusi bidang-bidang pengurusan aset antarabangsa bank pelaburan, pembangunan hartanah dan pengurusan pewarisan yang bertaraf internasional.

Beliau adalah contoh usahawan yang berjaya didalam konteks pengurusan syarikat Kerajaan. Beliau telah menamatkan kontrak dengan Kerajaan dan kini kembali untuk meneruskan aktiviti keusahawanan beliau dalam bidang hartanah, farmaseutikal dan mempunyai projek-projek usahasama di luar negeri dalam bidang pembangunan dan juga pengurusan projek.

Y.Bhg Dato Ahmad Rodzi Pawanteh adalah seorang anak kelahiran Pulau Pinang yang berdamping rapat dan merupakan Rakan Karib dengan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan lain-lain Pertubuhan yang berkaitan dengannya.

Beliau sentiasa sedia memberi buah fikiran, nasihat dan bantuan moral dan kewangan apabila dikehendaki demi untuk kemajuan PEMENANG.

Beliau adalah merupakan seorang tunggak dalam usaha untuk mengujudkan Dana Kebajikan PEMENANG bagi mengadakan Kelas-Kelas Tuisyen Hujung Minggu kepada Anak-Anak Ahli PEMENANG dan lain-lain anak Melayu yang kurang kemampuan di Pulau Pinang ini dengan kerjasama USM serta sedang berusaha supaya hasrat Syarikat PMPP(PEMENANG) Berhad untuk mendirikan Bangunan Wisma PMPP di Jalan Argll, Pulau Pinang menjadi kenyataan.

Beliau juga tidak ketinggalan bagi menyumbang tenaga baktinya dalam Bidang Kebajikan dan Kemasyarakatan dan antara Badan yang dianggotainya adalah:-

2004 – 2011

–   Member, Board of Trustees, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia
–   Member, Board of Trustees, Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara
–   Member, Board of Trustees, Tabung Amanah Warisan Polis

2006 – 2008     –     Member, Supreme Council, Malaysian Islamic Chamber of Commerce and Industry
2007 – 2009     –     President, Persatuan Pewarisan Harta Islam Malaysia
2011 – 2012     –     Member, Yayasan Amanah Raya
2010 – Kini       –   Adviser, Penang Muslim Leaque
2012                  –     Chairman, Dana Kebajikan, Persatuan Melayu Pulau Pinang

Atas jasa-jasa ini ,Y.Bhg Dato Ahmad Rodzi Pawanteh telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan seperti berikut:-

a)      Darjah Dato’Paduka Tuanku Jaafar Negeri Sembilan ( D.P.T.J )      2005
b)      Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N )        2010