3-Dato Bazir-profile

 Yang Berbahagia Dato’ Bazir Ahmad Bin Nazir Ahmad telah dilahirkan di Jalan Gemas ,Pulau Pinang pada tahun 1946.

Y. Bhg Dato’ telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Keramat dan meneruskan persekolahan beliau ke Peringkat Menengah di Methodist Boy’s School,Pulau Pinang. Beliau juga giat dalam sukan Badminton dan sering menjadi Juara Single didalam pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah.

Y. Bhg Dato’ mula bergiat dalam bidang muzik sejak berumur 15 tahun,Sejak awal lagi ,Dato’ adalah peminat setia penyanyi terkenal Elvis Presley , apa saja lagu yang Elvis nyanyikan menjadi inspirasi  dan ikutan Dato’ serta meniru gaya dan style ,sambil membawa lagu Elvis Presley ala penyanyi tersebut sehingga Dato’ digelar sebagai ELVIS PRESLEY OF PENANG. Lagu–lagu evergreen Elvis Presley sering didendangkan sejak tahun 60an lagi sehingga lah sekarang minat Dato’ tidak dapat dinafikan lagi.

Pada tahun 1964, BAND 6 SEKAWAN ,yang dianggotai Dato’ dijemput untuk membuat rakaman di TV oleh Saudara Ahmad Merican dan dari situlah bermulanya BAND 6 SEKAWAN ditukar kepada ORKES TERUNA RIA.

ORKES TERUNA RIA telah menjelajah ke beberapa Negara seperti Adelaide,Australia/ Tokyo,Azudki.Yokohama di Jepun/Bangkok ,Thailand/ Singapura dan mewakili Pulau Pinang untuk membuat persembahan di Medan Fair Indonesia sebanyak 12 kali.

Kepimpinan Y.Bhg Dato Bazir Ahmad didalam Orkes Teruna Ria telah banyak mengiring penyanyi-penyanyi terkenal dunia seperti :-

  • Matt Monroe- yang popular dengan lagu “From Rusia With Love”
  • The Platters – yang terkenal dengan lagu “Only You”
  • Francis Yip – yang terkenal dengan lagu “Shanghai Beach”
  • Teressa Carpio Penyanyi dari Filiphina dan Web Flaminggo Penyanyi dari USA

dan penyanyi-penyanyi tanah air seperti P.Ramlee, Saloma, Sharifah Aini, DJ Dave, Rafeah Bunag, A.Ramlee, Jefrry Din, Maria Bachok, J.Mizan dan banyak lagi.

Y.Bhg Dato’ pernah bekerja sebagai Pemuzik di Hotel Merlin dan pernah bermain muzik bersama-sama Pemuzik-Pemuzik terkenal tanah air seperti  Encik Jimmy Bolye, Albert Yeoh ,Robert Tan dan Encik Walter Embrose.

Y.Bhg Dato’ Bazir Ahmad juga pernah berkhidmat sebagai Pemimpin Kombo RTM Pulau Pinang selama 10 tahun, semasa di RTM ,Dato’ telah banyak mendapat asuhan daripada pemuzik-pemuzik terkenal seperti Encik Akbar Nawab,Encik Puteh Hashim,Encik Abdul Rahman Hamid dan Encik Nordin Che Din.

Lagu-Lagu Popular gubahan beliau dan masih Evergreen sehingga hari ini  adalah :

Dara Pujaan / Siapa Bilang Aku Tak Sayang / Ayah Ku Kawin Lagi / Berjumpa Bermesra/ Ibu di Madu Anak Menderita dan Antara Suami Isteri.

Kejayaan-kejayaannya telah banyak disiarkan dalam Ahkbar – Akhbar Tempatan ketika itu dan Dato’ juga pernah menerima anugerah dalam pertandingan lagu-lagu koperat suatu masa dahulu.

Y. Bhg Dato’ Bazir Ahmad juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaganya dalam bidang kemasyarakatan dan politik dan antara jawatan-jawatan yang pernah disandangnya adalah:

  • Ketua UMNO Jalan Kampar dalam UMNO Bahagian Jelutong
  • Penasihat Persatuan Titian Kasih Pulau Pinang/Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang
  • Naib Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang dan banyak lagi badan-badan bukan kerajaan yang diceburinya.
  • Juri Pertandingan Lagu-Lagu Klasik Antarabangsa (PLKA 2012) anjuran MPMNPP

Atas khidmat dan jasanya ini, Y.Bhg Dato’ telah dianugerahkan Bintang-Bintang Kehormatan Negeri Pulau Pinang oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

  1. Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M. )
  2. Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K. )
  3. Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T.)
  4. Darjah Johan Negeri (D.J.N.)
  5. Darjah Setia Pangkuan Negeri(D.S.P.N) dengan membawa gelaran “DATO “

Y.Bhg Dato’ Bazir Ahmad Nazir Ahmad adalah seorang yang peramah dan sedia memberi kerjasama dan membantu PEMENANG ,apabila melibatkan seni muzik dan budaya seni   jika diperlukan dengan tidak mengira masa.

Y.Bhg Dato’ telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak 5 orang cucu dan Anak bongsunya  telah pun mewarisi darah seninya dan hari ini sedang mencipta nama sebagai seorang Artis Popular Tanah Air.