1-Dato Haja-profile

Yang Berbahagia Dato’ Haja Najmudeen Kader  telah dilahirkan pada tahun 1960 dan terus bermastautin di Pulau Pinang. Dato’ Haja Najmudeen telah mendapat pendidikan awalnya di Pulau Pinang dan melanjutkan pelajaran menengahnya di Methodist Boy’s School bermula pada tahun 1972- 1978.

Pada tahun 1982-1985, Dato’ telah melanjutkan pelajarannya ke  Wichita State University Kansas, Amerika Syarikat dan memperolehi Bachelor of Business Administration.

Y. Bhg Dato’ juga telah memperolehi:

(a) 1986 – Master Of Business Administration (Information Systems), City University, Washington State USA
(b) 1986 – Certificate In Advanced Graduate Study In Management, City University, Washington State USA
(c) 1986 – Graduate Certificate In Information Systems, City University, Washington , State USA
(d) 1985 – Member Of Delta Nu Chapter, International Aviation Fraternity, Alpha Eta Rho, USA

Setelah tamat pengajian ,Y.Bhg Dato’ memulakan kerjayanya di dalam sebuah syarikat multinational setelah kembali ke Pulau Pinang dan seterusnya membuka sebuah syarikat dan menjadi kontraktor yang berjaya sehingga kini.

Syarikatnya telah berjaya menjalankan banyak kerja-kerja restorasi yang unggul di Pulau Pinang di antaranya ialah pengubahsuaian SERI MUTIARA, KOMPLEKS MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG, SUFFOLK HOUSE, STESEN KERETAPI BUKIT BENDERA dan lain-lain lagi.

Dato’ merupakan Presiden Liga Muslim Pulau Pinang semenjak tahun 2003 sehingga sekarang. Sepanjang Dato’ memegang jawatan ini, Dato’ telah memberi dan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membantu masyarakat Islam. Beliau juga telah berjaya menjadikan Majlis Gemilang Lagu-lagu Islam sebagai ACARA SAMBUTAN FESTIVAL GEORGETOWN PULAU PINANG dan juga PROGRAM FESTIVAL NASI KANDAR bagi setiap tahun.

Y.Bhg Dato’  juga berjaya mengadakan Program Perarakan Maulidur Rasul yang disertai hampir 4000 orang setiap tahun di kawasan Tanjung. Dato’ juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan memberi cadangan bagaimana untuk meningkatkan PERNIAGAAN KEDAI SERBANEKA  PUZ di seluruh negeri .

Y.Bhg Dato Haja Najmudeen juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaganya dalam bidang kemasyarakatan dan politik dan antara jawatan-jawatan yang pernah disandangnya adalah:

  • Member – Penang State Entrepreuneral Development Council (Until 2008)
  • Ahli –  Majlis Agama Islam Pulau Pinang
  • Ahli Majlis -Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang
  • Presiden – Liga Muslim Pulau Pinang
  • Presiden – Liga Muslim Malaysia
  • Presiden- Persatuan Peniaga-Peniaga Muslim Pulau Pinang
  • Ahli Lembaga – Koperasi Permima
  • Ahli Lembaga – Majlis Syura Negeri Pulau Pinang
  • Pengarah Urusan – Najcom Sdn. Bhd
  • Pengarah Urusan – Nation Aspect Sdn. Bhd.
  • Pengarah Urusan – Ati Asia Sdn. Bhd. (Atic International College)

Atas khidmat dan jasanya ini, Y.Bhg Dato’ telah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) dengan membawa gelaran “DATO”

Y. Bhg Dato’ Haja Najmudeen Kader adalah seorang yang berdedikasi tinggi dalam menjalankan tugasnya dan sedia memberi kerjasama dan membantu Persatuan Melayu Pulau Pinang(PEMENANG) serta Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) ,apabila ianya melibatkan program pelbagai kaum menerusi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan , Dato’ sedia membantu jika diperlukan dengan tidak mengira masa.