2-Dr-Sharifah-profile

Yang Berbahagia Dr Hajjah Sharifah Bee Binti Haji Aboo Bakar telah dilahirkan di  Georgetown Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Perempuan Island,Pulau Pinang pada tahun 1962 hingga 1966 dan melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah  Kebangsaan Jalan Scotland  dari tahun 1967-1970 dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan(P) ST.Georges dari tahun 1971 hingga tahun 1974.

Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran tingginya ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Sejarah) Diploma In Education(Sejarah) dalam tahun 1979 ,beliau juga memperolehi Diploma In Counselling Psychology-Post Grad dalam tahun 1984 serta mengikuti program M.Ed. Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 1992.

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Ketuan Jabatan Kajian Sosial, Di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dari tahun 1993 hingga tahun 1997. Semasa inilah beliau meneruskan pengajian sambil bekerja ke peringkat PhD in Human Resource Deverlopment (Wales,UK).

Dalam tahun 2008  beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan Timbalan Pengarah,Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia selam satu tahun.

Mulai 24 Ogos 2009  sehingga 25 Julai 2011, beliau telah ditukarkan ke Bahagian Pendidikan Guru ,Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang  hingga sekarang.

Beliau juga pernah  dilantik untuk memberi perkhidmatan di peringkat antarabangsa sebagai :

  • “External Expert” (lantikan ISESCO) in the Sub-Regional Workshop on Computer Programmes used in the Field of Literacy Organised by Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization in Cooperation with Literacy Movement Organization (LMO) of the Islamic Republic of Iran (I.R. Iran)
  • Penilai Luar Bagi PETRONAS Malaysia – Menilai Kurikulum Sekolah Antarabangsa Di Khartoum, Sudan: 13- 15 April 2008, Khartoum, Sudan

Dr Hajjah Sharifah Bee telah menghasilkan penulisan artikal didalam buku terbitan di luar Negara . Buku yang bertajuk  Aboo Bakar, Sharifah Bee. (1993) Guidance, Counselling and Counselor Education in Malaysia in Othman, Abdul Halim & Awang, Amir (ed) Counseling Asia – Pacific Region.  (Contribution in Psychology, Number 20) Westport, Connecticut: Greenwood Press.  pp. 1 – 25.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam pelbagai badan yang  seperti:

  1. Ahli Board of Studies Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Lantikan UNIMAS- Universiti Malaysia Sabah
  1. Ahli Board of Studies Sekolah Pendidikan, Lantikan UTM- Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
  1. Ahli Panel Forum Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Anjuran Asian Strategy & Leadership

Atas jasa-jasanya ini, YBhg.Dr Sharifah Bee Aboo Bakar telah diAnugerah :-

  • Pemenang Hadiah Buku Tan Sri Murad Nor Sesi 1982/83: Pengumuman Penerimaan Hadiah Buku ini  di Buat Dalam Majlis Konvokesyen Yang Ke-12 Pada 18 Ogos 1984.
  • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan (1993) dan 2013.
  • Penerima Anugerah Ketua Pengakap Negara (1994)
  • Pingat Kepujian Ketua Pengakap Negara (KKPN)
  • Anugerah Khas Pelajar Antarabangsa: University Of Wales, Cardiff United Kingdom (Kerana Selesai Ijazah Kedoktoran Dan Konvokesyen Dalam Masa 2 Tahun 5 Bulan)

Y. Bhg.Dr Sharifah Bee Aboo Bakar telah menerima Darjah Johan Negeri (DJN) pada 11 Julai 2009