Tokoh Kemasyarakatan 2014 (Encik Hamid)

4-Hamid-profile

Encik Abdul Hamid Bin Abu Hassan dilahirkan pada 15 Mei 1940 di Rumah No: 792 , Mukim 11, Kampong Binjai, Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Permatang Damar Laut ,Bayan Lepas,Pulau Pinang ,dalam tahun 1947 -1954. Beliau telah Lulus Darjah 6 Pangkat Kedua dan  dalam tahun 1955 beliau telah berpindah sekolah  ke Sekolah Melayu ,Bayan Lepas Pulau Pinang, dan telah tamat peperiksaan Kerajaan  Darjah Tujuh.

Seterusnya pada tahun 1957 hingga 1958 beliau telah melanjutkan persekolahannya di Maktab Perguruan Sultan Idris  ,yang mana ketika itu Sijil Rendah Pelajaran (SRP)yang diadakan kali pertama dalam tahun 1958 ,khusus untuk pelajar SITC dan MVVTC sahaja yang di iktirafkan dan beliau Lulus dalam peperiksaan tersebut. Dalam tahun 1956, beliau  pernah menjadi seorang Guru sementara di Sekolah Kebangsaan Jelutong ,Pulau Pinang, selama 6 bulan.

Dalam tahun 1963 beliau Lulus Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, dengan memperolehi pangkat kedua untuk calon persendirian dan Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP) dalam tahun 1972. Dalam tahun 1973-1976 beliau telah melanjutkan pengajiannya Ke Universiti Malaya bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian  dalam Bidang Pengajian Melayu.

Beliau begitu giat didalam Pasukan Beruniform iaitu PENGAKAP dan telah memegang beberapa jawatan dan tugasan seperti:-

Pada 1963  sebagai Pemegang Manik Kayu (Scout Wood Badge)

Mulai tahun 1963, menganggotai Pasukan Latihan Pengakap Negeri Pahang

  • 1963-1970 – di lantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Raub ,Pahang
  • 1978-1981 – sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau,Pulau Pinang
  • 1981- 1983- sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau,Pulau Pinang.

Encik Abdul Hamid Bin Abu Hassan telah menyambung kerjayanya  sebagai seorang Guru mulai tahun 1962- tahun 1965 dan ditempatkan di SEK.KEB.ULU GALI, RAUB PAHANG, kemudiannya bertukar sekolah dari tahun ketahun. Mulai tahun 1970 hingga tahun 1977 beliau telah balik semula ke Pulau Pinang dan ditugaskan mengajar dibeberapa buah sekolah  dan pada tahun 1977 telah dilantik sebagai Penolong Kanan SEK.MEN.SERI BALIK PULAU  hingga tahun 1982 dan kemudiannya dilantik untuk memegang jawatan seperi berikut:-

  • 1988-1989 Penyelia Petang  SEK MEN K Penang Free,Pulau Pinang
  • 1989-1990 Pengetua SEK .MEN. ST. George ,Balik Pulau  ,Pulau Pinang
  • 1990-1992 Penolong Pengarah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
  • 1992-1993 Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
  • 1993-1995 Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Pendidikan di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Dari segi sumbangan Kebajikan dan kemasyarakatan,beliau telah menyertai beberapa badan dan menjawat pelbagai jawatan seperti:-

  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (Persekutuan) Kpg Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang pada tahun 2005-2014
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak ,Daerah Barat Daya ,Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga sekarang
  • Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak bagi daerah-Daerah di Negeri Pulau Pinang muali tahun 2010 hingga sekarang.
  • Setiausaha Qaryah Masjid Kpg Terang – mulai tahun 2003 hingga sekarang
  • Pengerusi Sekolah Pendidikan Islam Kpg Terang -2003 hingga sekarang
  • Pengerusi Tadika KEMAS Kpg Terang, 2005-2014
  • Anggota Lembaga Koperasi Pembangunan Daerah Barat Daya Pulau Pinang Gotong Royong Berhad mulai tahun 2001-2013
  • Anggota Lembaga Koperasi Pemandu Lapangan Terbang Pulau Pinang ,mulai tahun 2004-2012

Beliau juga telah banyak menyumbang tenaga dan khidmatnya sebagai Pembantu Imam Masjid Kampong Terang dan menjalankan kerja-kerja amal melalui Jawatankuasa Qaryah dan JKKKP Kampong  Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Leave a Reply