6-sharifah-maznah-profile

Puan Hajjah Sharifah  Maznah Syed Mohamed telah di lahirkan di Kampong Melayu ,Jalan Air Itam,Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Mac 1946. Beliau telah mendapat pendidikan awal di SEK KEB AIR ITAM, Pulau Pinang  dari Darjah 1 hingga Darjah 3 pada tahun 1952 -1955 dan seterusnya ke NORTHERN ROAD GIRLS SCHOOL Pulau Pinang “ Special Malay Class “  hingga Darjah 6 pada tahun 1956 -1958.

Pada tahun 1959-1961 beliau telah melanjutkan pelajaraan menengahnya ke SEK MEN ST GEORGES ,Pulau Pinang  dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan kemudiannya beliau menamat pengajiannya peringkat Menengah  di KOLEJ KHURSIAH ,SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN pada tahun 1962 hingga tahun 1963.

Pada tahun, 1965 beliau telah memperolehi kelayakan iktisas Perguruan  di Pusat Latihan Daerah dan di Maktab Perguruan Pulau Pinang dalam bidang  Sains dan Matermatik dan dalam tahun 1967 beliau telah menjadi Guru Terlatih. Selepas itu beliau telah menjadi  seorang Guru dibeberapa buah sekolah di Pulau Pinang antaranya :-

  • 1967 – 1968 – Sekolah Abdullah Munshi Pulau Pinang
  • 1969 – 1996 –  Sekolah Menengah Perempuan Sri Mutiara Pulau Pinang
  • 1997 – 2001 – beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1 ,di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Pulau Pinang

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan kerajaan, beliau pernah:

  • Menjadi guru pembimbing (Key Personal) untuk Gur-Guru Perpustakaan.
  • Beliau juga telah dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Pada tahun 1993.

Minatnya dalam kerja-kerja kemasyarakatan bermula semasa menjadi seorang Guru Sekolah. Beliau sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan pelajaran murid-muridnya dan suka mendamping dengan Ibu Bapa pelajar bagi mengambil tahu masalah mereka dan membantu IbuBapa dan pelajar bagi mengatasi beberapa masalah yang dihadapi.

Puan Hajjah Sharifah Maznah juga tidak ketinggalan mencurahkan baktinya dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan dengan menganggotai dalam beberapa Badan dan Pertubuhan Kebajikan  sebagai Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup diantaranya:-

  1. Yayasan Guru Malaysia Berhad
  2. Kopersi Guru-Guru Melayu Pulau Pinang
  3. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
  4. Koperasi Melayu Pulau Pinang (KMPP)
  5. Persatuan Melayu Pulau Pinang(PEMENANG) dan

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Pulau Pinang . Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa pada tahun 2003-2005 dan kemudiannya telah dilantik sebagai Bendahari Kehormat, pada tahun 2005-2007.

Pada tahun 2007 beliau telah dipilih sebagai Naib Pengerusi  dan sebagai Pengerusi  Lembaga pada tahun 2009 hingga sekarang.

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan Negeri  Pulau Pinang bergerak cergas  dibawah kepimpinan beliau telah dapat menyambung khidmat masyarakat dan  dengan menjalankan pelbagai aktiviti untuk Ahli-Ahli Lembaga khasnya dan masyarakat Islam Amnya.

Atas jasa-jasanya kepada masyarakat, beliau telah di Anugerah- Bintang Kebesaran Negeri Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K ) pada tahun  2010