5-wahab-profile

Tuan Haji Abdul Wahab Haji Mohamed  telah dilahirkan  pada 23 Julai 1939 di No 34, Jalan Sungai Pinang ,Georgetown Pulau Pinang. Beliau memperolehi pendidikan awal Di Sekolah Rendah Hutchings, Pulau Pinang  dari tahun 1950 – 1953 dan di Sekolah Menengah Penang Free dari tahun 1954 – 1958. Beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Persekutuan Lebuh Pantai, Kuala Lumpur dalam tahun 1962 hingga 1963.dan seterusnya dalam tahun 1982 beliau ke Maktab Bahasa, Kuala Lumpur.

Dalam tahun 1964 sehinggalah tahun 1985 beliau telah bekerja sebagai seorang pendidik, menjadi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam dan ke University of Sydney, New South Wales, Australia  pada 1983 untuk memperolehi Diploma–Teaching of English as a Foreign Language.

Pada 1 Januari 1996 belia telah dinaikan pangkat untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan ,Juru, Bukit Mertajam sehingga tahun 1987 dan kemudiannya ditugaskan sebagai Pegawai(Penyelia) Unit Pendaftaran dan Perhubungan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Beliau merupakan seorang Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dan Malaysia  sejak tahun 1994 dimana beliau telah memegang pelbagai jawatan seperti Ahli Jawatankuasa, Setiausaha Eksekutif Persatuan,Bendahari Kehormat Persatuan dan Naib Presiden Persatuan dan selama 15 tahun beliau telah menjadi Pengadil Bolasepak Kebangsaan (FAM) .Dalam tahun 2000 beliau telah meletak jawatan didalam Persatuan tersebut, dan seterusnya menumpu sepenuh masa didalam Persatuan Bolasepak Bukit Mertajam ,Daerah SPT sebagai Yang Di Pertua sejak tahun 1981 hingga sekarang.

Dari segi sumbangan Kebajikan dan kemasyarakatan,beliau telah menyertai beberapa badan dan menjawat pelbagai jawatan seperti:-

  • Ahli Jawatankuas UMNO Cawangan Sungai Ara ,Mukim 9,Tanah Liat ,Bukit Mertajam.
  • Setiausaha Gerakan Daya Wawasan Kpg Paya ,Tanah Liat sejak tahun 2003 – 2006
  • Setiausaha Komuniti 1 Malaysia Kpg Paya, Tanah Liat sejak 2007
  • Setiausaha Jawatankuasa Audit Dalaman,Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang sejak tahun 2007

Atas jasa-jasanya ini, Tuan Haji Abdul Wahab Haji Mohamed  telah menerima pelbagai Anugerah dan Darjah Kebesaran seperti berikut:-

  • 1996 – Pingat PJK oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • 204 – Sumbangan dan Perkhidmatan Cemerlang Dalam Pembangunan Bolasepak oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang.
  • 2006 – Anugerah Penghargaan Guru Berjasa Peringkat Daerah Utara/Tengah Seberang Perai.
  • 2014 – Anugerah Tokoh Guru daripada UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Tuan Haji Abdul Wahab Haji Mohamed adalah seorang yang berminat dalam permainan Bolasepak dan pernah mengendali dalam beberapa perlawanan Penting Bolasepak di Negeri Pulau Pinang

Beliau juga adalah seorang yang peramah dan senang dihubungi. Beliau sedia memberi khidmat dan nasihatnya jika diperlukan dengan tidak mengira masa.