Tuan Haji Kamarudin Bin Abdullah (Tokoh Agama / Dakwah)

kamarudin-main-slide

Tuan Haji Kamarudin Bin Abdullah telah dilahirkan di Jalan Seng Teik,Pulau Pinang pada 08 Januari 1968. Beliau telah mendapat Pendidikan awal di Sekolah St. Xavier Institution,Pulau Pinang pada tahun 1980 hingga 1985.

Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Abdullah Munshi dan lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Setelah memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Kamarudin telah melanjutkan pelajaran Ke Akedemi Islah Malaysia dengan memperolehi Diploma Pengajian Islam pada tahun 2014.Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Arees Universiti.

Tuan Haji Kamarudin Bin Abdullah telah dilahirkan dalam keluarga beragama Kristian bermazhab Katholik dan menganut agama Islam di usia remaja,18 tahun.

Beliau berguru dengan pelbagai ilmuan Islam seperti Ustaz Al-Hafiz Sheikh Abdul Hamid dari Pakistan, Almarhum Sheikh Ahmed Deedat dan Sheikh Rafeek Hassan dari Afrika Selatan, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips dari Qatar, Dr Fadel Soliman dari Mesir, Dr Danial Zainal Abidin dari Pulau Pinang, Professor Sheikh Dr.Isam Rejab dari Arees Universiti dan Dr. Zakir Naik dari Islamic Research Foundation, India.

Beliau merupakan Protege kepada Dr. Zakir Naik di peringkat antarabangsa, pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa atau Islamic Propagation Society International (IPSI).

Pengalaman dan Kemahiran yang dimiliki

1. Memiliki Sijil Perbandingan Agama dari Akademi IPCI Africa Selatan, Sijil Dakwah Discover Islam Bahrin dan Sijil Moderator dan Fasilitator Perbandingan Agama dari Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Diberi Tauliah berceramah dan mengajar agama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Penasihat bagi kes-kes murtad dan pemasalahan saudara baru kepada JAIPP.
3. Pengalaman berdakwah dan berceramah kepada yang bukan Islam dari semua peringkat ke arena antarabangsa. Pengalaman berdebat dengan mubaligh Kristian diperingkat antarabangsa.
4. Telah merantau ke Libya, Egypt,Turki, Saudi Arabia, Bahrin,Africa Selatan, England, Sri Langka, Korea Selatan, Singapura, Kuwait, Maldives,Hong Kong,Thailand, New Zeland,India dan Negara Barat yang lain untuk menimba Ilmu dan mengembangkan syiar Islam serta menyampaikan ceramah.
5. Penceramah jemputan diAfrica Selatan anjuran oleh IPCI Sheikh Ahmed Deedat Centre,Durban dalam bidang perbandingan agama dan umum.

Sumbangan

1. Mengendalikan Kelas Saudara Baru semenjak 1998 secara meluas melibatkan pelbagai bangsa dan turut menyediakan Rumah Transit untuk Saudara Baru yang memerlukan.
2. 2012 – Memperkenalkan one stop centre yang pertama di Pulau Pinang untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam setempat dan pelancong asing.
3. 2002- Timbalan Presiden PERKIM. Tokoh PERKIM Negeri Pulau Pinang
4. 2010-2016 – Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Negeri Pulau Pinang
5. 2010-2016 Ahli Jawatankuasa Dakwah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Atas jasa-jasanya Tuan Haji Kamarudin telah dianugerahkan dengan Pingat-Pingat Kehormatan Negeri :
1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
2. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

dsc_2678-small