jahara-web
YB Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid telah dilahirkan pada 18 Mei 1951 di Anak Bukit Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Butterworth.

YB Dato’ telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Perai,Butterworth pada tahun 1955 hingga 1960 dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Convent Butterworth (Special Malay Class) pada tahun 1960 hingga 1967. Selepas itu YB Dato’ telah melanjutkan pengajiannya ke High School Bukit Mertajam hingga ke tahun 1969.

Selepas tamat pengajian Menengah, YB Dato’ telah melanjutkan pengajiannya ke Maktab Perguruan Ilmu Khas.YB dato’ telah dilantik sebagai seorang Guru Sekolah Menengah dari tahun 1974 hingga 1979 dan kemudiannya melanjutkan pelajaraannya ke Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1981 dengan memperolehi Ijazah Bechelor Of Economics (Hons) dan LLB (Hons), dari Universiti Of Buckingham,London pada tahun 1984.YB Dato’ selepas itu telah ke Lincoln’s Inn pada tahun 1985 dan memperolehi Barrister At Law. Sekembalinya ke Tanah Air YB Dato’ telah mula berkhidmat sebagai seorang Peguam dan seterusnya menjadi Rakan Kongsi Bersama dengan Syarikat Guaman Tetuan Jahara Radzi & Partners dari tahun 1986 hingga 2000

Disamping kesibukan YB Dato’ dengan tugas-tugas hariannya YB Dato’ juga telah dapat menyumbangkan tenaga baktinya dalam bidang Politik, Kebajikan dan Kemasyarakatan bermula pada awal tahun Lapan Puluhan hingga sekarang. YB Dato’ tidak kenal penat lelah dalam menjalankan kerja-kerja Kebajikan dan Kemasyarakatan.

YB Dato’ pernah memegang beberapa Jawatan penting dalam UMNO iaitu sebagai:

1. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Telok Air Tawar dari 1985 hingga Sekarang
2. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang dari 2001 hingga 2009
3. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor dari 2002 hingga Sekarang
4. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 2008 hingga Sekarang.
5. Ahli Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang
6. Pengerusi Fokus Group Pembangunan Hartanah dan Perumahan Bumiputra Pulau Pinang

Sebagai seorang Wakil Rakyat, YB Dato’ sentiasa berdampingan rapat dengan masyarakat dengan tidak mengira masa. YB Dato’ adalah seorang yang peramah dan mudah dihubungi dengan tidak mengirakan lapisan masyarakat menyelesaikan sesuatu masalah.

YB Dato’ juga tidak ketinggalan untuk menyumbangankan tenaga dalam bidang Kebajikan dan Kemasyarakatan dan antara jawatan-jawatan yang disandang oleh YB adalah:

Badan Kebajikan
1. Penasihat Persatuan Saudara Islam Pulau Pinang (PERSALAM)
2. Pengerusi Darul Hanan Rumah Warga Emas Islam Pulau Pinang

Badan Kemasyarakatan
1. Pengerusi Yayasan Mutiara
2. Penasihat Koperasi Dayanita Tasek Gelugor
3. Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Pulau Pinang
4. Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Parlimen Tasek Gelugor
5. Ahli Lembaga Yayasan Wanita Malaysia

Badan Sukan
1. YDP Persatuan Seni Silat Lincah Pulau Pinang Dari tahun 2006 hingga 2007.

Atas jasa-jasanya itu YB telah dianugerahkan Bintang-Bintang Kebesaran Negeri – Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dengan gelaran Dato’ oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri Pulau Pinang.

dsc_2659-small