YBhg Dato’ (Dr) Mohammed Anwar Fazal Mohammed atau lebih dikenali sebagai Dato’ (Dr) Anwar Fazal telah dilahirkan pada 15 Julai,1941 di Sungai Bayor,Selama Perak dan merupakan Anak Sulung kepada 7 orang adik beradik, keluarganya telah berpindah ke Bandar Taiping pada tahun 1942.

YBhg Dato’ (Dr) Anwar Fazal telah mendapat pendidikan awal disekolah King Edward VII, Taiping pada tahun 1958 dan kemudianya melanjut pengajian menengahnya ke Penang Free School.

Selepas tamat pengajian Menengahnya disekolah tersebut beliau telah melanjutkan pelajaranya ke Universiti Malaya dalam Jurusan Ekonomi dan Pendidikan.

Semasa di Univesiti YBhg Dato’ Anwar Fazal telah bergiat aktif dalam beberapa Persatuan Pelajar dan pernah menerima Pingat Emas sebagai Pelajar Terbaik.

Selepas menerima Ijazah dari Univesiti Malaya YBhg Dato’ Anwar Fazal telah bekerja sebagai seorang Guru di Victoria Institution dan Maktab Tentera Diraja Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Di Majlis Bandaraya Georgetown, Setiausaha Sulit kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr.Lim Chong Eu dan Pengarah Perbandaran Pembangunan Pulau Pinang.

Dia meninggalkan politik untuk bekerja sepenuh masa demi masyarakat sivil, terutamanya Pertubuhan Antarabangsa Kesatuan Pengguna (IOCU) kini dikenali sebagai pengguna Antarabangsa (IS).Pada tahun 1972,beliau telah dianugerahkan biasiswa Fellowship Eisenhower berprestij untuk mengkaji hal ehwal Bandar di Amerika Syarikat dan pergi ke Britain di bawah Program Council untuk belajar Bandar-bandar baru di United Kingdom.

Anwar Fazal berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Serantau dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 1991-2004 dengan tiga Inisiatif untuk menyokong kerja-kerja komuniti untuk memperbaiki persekitaraan Bandar dan menggalakkan tadbir urus yang baik- Asia Pasifik 2000, Program Pengurusan Bandar bagi Asia dan Pasifik dan Inisiatif Tadbir Urus Bandar.

Kini beliau menjadi Pengerusi Emeritus Perikataan Dunia Tindakan Penyusunan Susu Ibu (WABA), yang ditubuhkan pada tahun 1991.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Inisiatif Keamanan Taiping dan Rangkaian Antara Agama Malaysia dan pelbagai Lembaga Warga International,Sahabat Alam Malaysia,Rangkaian Tindakan Racun Makhluk Perosak (PAN), Transparency International Malaysia, Friends of the Taman Botani Pulau Pinang Society, Penang Free School (PFS) Yayasan dan Pemengang Amanah Warisan Pulau Pinang.

Beliau adalah seorang Aktivis Alam Sekitar dan Pengasas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Sumbangannya kepada bidang Alam Sekitar dari segi pengurusan,perniagaan,penyelidikan,akedemik serta penulisan.

Tulisan dan Ucapan beliau sepanjang tempoh 55 tahun sentiasa memperjuangkan pengguna dan alam sekitar. Pelbagai isu dari pengguna,kesihatan,alam sekitar,keamanan,rasuah dan integrity.

Pebagai pengiktirafan dan pujian telah diterima oleh Dato’ Dr Anwar Fazal:

1. 1982: Anugerah Penghidupan Kanan (Right Livehood Award) atau “Hadiah Nobel Alternatif” bagi kerja-kerja beliau dalam mempromosi dan melindungi kepentingan awam.
2. 1983: Gelaran “ Aktivis of the Year” oleh majalah Ralph Nader,Monitor Multinasional. Beliau turut dipilih sebagai “Alam Sekitar Hall of Fame” oleh Mother Earth News.
3. 1988: Anugerah “Global 500” oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) yang memperjuangkan kepentingan pengguna dan alam sekitar.
4. 1993: Anugerah “Aktivis Alam Sekitar” tahun 1993 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang dan oleh Kerajaan Malaysia pada 2000.
5. 1995: Anugerah Kesihatan Antarabangsa oleh La Leche League kerana beliau telah mempromosikan kebajikan Ibu-ibu dan kanak-kanak sedunia.
6. 1977: Doktor Kehormat Undang-Undang dari UKM
7. 1999: Ijazah-Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
8. 2006: Hadiah Komuniti Builders Gandhi-Raja-Ikeda oleh Martin Luther King Jr. International Chapel, Morehouse College di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2006.
9. Juri Hadiah Alam Sekitar Goldman – anugerah terbesar untuk akar umbi aktivis alam sekitar.
10. 1997: Anugerah Alam Sekitar Langkawi 2007 oleh Kerajaan Malaysia pada 05 Jun 2008 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
11. Anwar Fazal dilantik Pengarah Kolej Penghidupan Kanan di USM, Pulau Pinang. Beliau juga memegang jawatan sebagai Profesor di Pusat USM untuk Dasar Awam dan Pengajian Antarabangsa (CenPris)
12. Kini Pengerusi Think City Sdn. Bhd. Dan Pengarah Right Livelihood College (RLC).

YBhg Dato’ Anwar Fazal ketika di Sekolah telah bergiat aktif dalam bidang Sukan seperti Kriket, Ragbi, Hoki dan acara Olahraga. Beliau memegang rekod sekolah bagi larian setengah batu dan satu batu dan larian 1,500 meter bagi rekod Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara Olahraga dalam Temasya Suka UMNO mewakili Cawangan UMNO Kampong Dodol semasa di Bangku Sekolah Menengah (Penang Free School)

Atas jasa-jasanya ini YBhg Dato’ (Dr) Anwar Fazal telah dianugerahkan dengan Bintang Kehormatan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dengan membawa Gelaran Dato’ pada tahun 2000, Darjah Johan Negeri (DJN) pada tahun 1973 dan dilantik sebagai seorang Jaksa Pendamai (JP) pada tahun 1988 oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang.