Peranan Persatuan Melayu Pulau Pinang
Tujuan
- Menyatupadukan orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
- Mendapatkan persefahaman serta membantu sesama ahli khasnya dan seluruh orang-orang Melayu amnya dalam hal ehwal kehidupan masyarakat, agama, adat istiadat, bahasa, pelajaran, ekonomi, kebudayaan, keseniaan, dan sukan.
- Mengadakan bimbingan kepada orang-orang Melayu ke arah perubahan berfikir untuk kemajuan dalam segala lapangan mengikut peredaran masa.
- Mengekalkan tradisi BANGSA MELAYU yang mutlak dan mengikis tradisi pembaziran yang merugikan bangsa Melayu.
- Berbaik-baik dengan semua kaum di Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya.
- Menjadi wakil orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
- Mengadakan perhubungan dengan persatuan-persatuan Melayu di negeri-negeri lain yang mempunyai dasar dan tujuan yang sama untuk kepentingan bangsa Melayu.
- Melabur secara mana yang sesuai dengan wang atau aset PEMENANG dalam apa-apa bentuk pelaburan sekalipun dan lain-lain harta benda yang dianggap wajar dari masa ke masa termasuk menubuhkan syarikat-syarikat yang perlu dan memegang, memajak, mengadai, menjual, atau melupus dalam apa jua pun mana-mana pelaburan dan harta benda persatuan.
Peranan dan Kegiatan
- Mengadakan penerangan dan kempen untuk membanyakkan ahli.
- Mengeluarkan siaran lidah rasmi PERSATUAN.
- Mengkaji dan mengambil tahu masalah -masalah dan hal-hal kesulitan orang-orang Melayu Pulau Pinang dalam sebarang perkara serta berikhtiar bagi mengatasinya.
- Melancarkan penerangan-penerangan dengan cara lisan atau tulisan kepada orang-orang Melayu di seluruh Pulau Pinang.
- Berikhtiar mengadakan TABUNG DERMA atau YAYASAN KEBAJIKAN.
- Mengadakan lawatan ke kampung-kampung dan ke persatuan-persatuan atau kelab-kelab bukan politik untuk bertukar-tukar fikiran berkenaan hal ehwal masyarakat Melayu.
- Mengadakan majlis-majlis syarahan, forum, seminar, konvensyen bagi mencapai tujuan PEMENANG.