13 September 2015

Presiden

Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang(IKATAN)
No 60 Jalan PEMENANG
10250 Pulau Pinang
Y.Bhg Tan Sri,

USUL-USUL DARIPADA PEMENANG UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IKATAN YANG BERSIDANG PADA 20 SEPTEMBER 2015 DI BANGUNAN PEMENANG,JAM 10.30 PAGI.

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas ,Dua (2) usul dari PEMENANG untuk dibentang dan dibahas di Mesyuarat Agung Tahunan IKATAN

USUL 1

Menyedari bahawa tindakan mahkamah telah pun diambil oleh IKATAN mengenai Tanah Yayasan Bumiputra di Kepala Batas dan telah tidak berjaya atas sebab “Locus Standi” dan telah pun diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang (BPUNPP) yang mempunyai “Locus Standi” untuk meneruskan tindakan mahkamah dan juga menyedari bahawa tanah hak kepunyaan Yayasan Bumiputra dalam Syarikat Kenanga Mekar yang telah di pindah milik kepada syarikat bukan Bumiputra yang telah mengakibatkan kerugian yang ketara kepada kepentingan Bumiputra Pulau Pinang , juga telah diserahkan kepada tindakan BPUNPP untuk mendapat semula dengan apacara sekali pun hak-hak dan kepentingan Bumiputra dan sehingga hari ini belum mendapat maklum balas atau tindakan daripada BPUNPP ,sungguh pun sesudah tempoh masa yang lama.

MAKA

Mesyuarat Agung Tahunan IKATAN yang bersidang pada hari ini bersetuju bahawa jika sekiranya BPUNPP tidak berhasrat untuk meneruskan tindakan-tindakan bagi mengembalikan semula hak-hak orang-orang Melayu Pulau Pinang dalam kepentingan Yayasan Bumiputra, maka hendaklah BPUNPP mewakilkan IKATAN dan PEMENANG serta NGO-NGO Melayu yang lain bagi mewakili BPUNPP yang mempunyai “Locus Standi” untuk meneruskan tindakan-tindakan undang-undang dan tindakan-tindakan yang lain yang sewajarnya dan seterusnya segala kos mengenai dengan tindakan-tindakan tersebut hendaklah di tanggung oleh BPUNPP.

USUL 2

Mesyuarat Agung Tahunan IKATAN yang bersidang hari ini bersetuju dengan Ucapan Presiden PEMENANG yang disampaikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PEMENANG pada 13 September 2015 di Bangunan PEMENANG , supaya satu kajian dibuat oleh suatu Jawatankuasa yang di tubuhkan dengan kerjasama USM mengenai dengan Tanggungjawab dan Amanah serta Peranan Badan-Badan , Pertubuhan-Pertubuhan Yayasan-Yayasan serta Syarikat-Syarikat yang diujudkan dengan bantuan serta sokongan Kerajaan bagi menolong dan membantu pembangunan ekonomi Bumiputra Pulau Pinang dalam berbagai-bagai bidang .

Maka kajian ini hendaklah menyeluruh dan memberi pendapat-pendapat dan perakuan-perakuan yang bebas tanpa prasangka bahawa adakah masih Badan-Badan ini menjadi harapan untuk orang-orang Melayu dan Bumiputra Pulau Pinang.

Sekian,diharap dapat dibentang dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung IKATAN ini.

 

Yang ikhlas,

(Dato Shaik Mohamed Shaik Abdul Kadir)

Setiausaha Kehormat
Persatuan Melayu Pulau Pinang(PEMENANG)

 

UCAPAN
Presiden IKATAN