YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Isahak Bin Haron telah dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 18 Disember,1940.

YBhg Profesor telah mendapat pendidikan awal disekolah melayu Teluk Kumbar Pulau Pinang pada tahun 1948 hingga 1952 dan kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah St.George’s Balik Pulau hingga tahun 1956. Selepas lulus Peperisaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Penang Free School sehingga Lulus Sijil Tinggi Pelajaran pada tahun 1960.

YBhg Profesor telah memperolehi Ijazah BA (Hons) Class 2 Tinggi Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1964 dan Ijazah Med. Dari Universiti Of Sydney pada tahun 1971 dan kemudiannya memperolehi Ijazah PhD dari Universiti Of Chicago, USA pada tahun 1977.

Beliau juga adalah Pemenang Disertasi PhD terbaik tahun 1977-1979 dan dianugerah Susan Rosenberger Award.

Pengalaman Perkerjaan YBhg Profesor adalah:

(a) Sebagai seorang Juruhebah Radio Malaysia (bulan Januari hingga Mei 1964)
(b) Guru Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu pada tahun 1965
(c) Pensyarah Pendidikan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru pada tahun 1966 hingga 1971 dan Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
(d) YBhg Profesor juga pernah berkhidmat sebagai seorang Profesor dalam Pengajian Pedagogi,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Profesor Pendidikan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Diantara Pengalaman Pendidikan di Universiti Profesor pernah menjawat beberapa jawatan penting sebagai Timbalan Dekan, Dekan,Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya dan jawatan penting di Universiti Pendidikan Tanjung Malim. YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Isahak Bin Haron telah dianugerahkan gelaran “ Profesor Emeritus” oleh Universiti Malaya pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri dengan gelaran Dato’ oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1996.

YBhg Profesor juga pernah menganggotai beberapa Jawatankuasa di Dewan Bahasa dan Pustaka dan di Yayasan Pelajaran MARA sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Pendidikan serta Ahli Lembaga di beberapa Jawatankuasa di Kementerian Pendidikan.

YBhg Profesor juga telah menghasilkan beberapa penerbitan dan Buku-Buku Rujukan seperti :

Antara kegiatan sekarang adalah :
(a) Bertugas sebagai Felo Penyelidikan Kanan, Universiti Malaya
(b) Ahli Majlis Pendidikan untuk membatalkan Dual Language Program (DLP) Kementerian Pendidikan.
(c) Ketua Pasukan mengkaji dan menerbitkan buku – Literasi Jawi dan Al-Quran dan fahami Bacaan dalam Solat.

dsc_2667-small