Syarat Permohonan
Biasiswa Kenangan Persatuan Melayu Pulau Pinang
Syarat-Syarat Permohonan:
1. Pemohon (pelajar) mestilah warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah anak keturunan Melayu Pulau Pinang
(Takrif anak keturunan Melayu Pulau Pinang adalah bermaksud anak atau ayah atau kedua-duanya dilahirkan di Pulau Pinang)
3. Mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM, STPM dan Matrikulasi
– minimum 6A dalam SPM (pemohon yang sedang belajar di peringkat STPM/matrikulasi juga perlu melepasi syarat minimum SPM)
4. Tidak mendapat tajaan lain (wajib menamatkan pinjaman PTPTN/biasiswa lain selepas menerima tawaran biasiswa PEMENANG).
5. Mendapat tawaran mengikuti program ijazah sarjana muda di IPTA tempatan sahaja.
– Bidang-bidang sains dan kritikal (3 atau 4 tahun pengajian) digalakkan memohon.
6. Permohonan yang dihantar akan disimpan sehingga pelajar menerima tawaran mengikuti program ijazah di IPTA. Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Biasiswa PEMENANG.
Pemberian Biasiswa
Pembayaran: Pelajar mungkin perlu menanggung sendiri perbelanjaan pengajian sementara menunggu kelulusan biasiswa.
Nilai biasiswa: Tiada nilai tetap (nilai biasiswa mengikut perbelanjaan setiap semester pengajian).
Ikatan: Pelajar bebas daripada sebarang ikatan dengan PEMENANG selepas tamat pengajian.
Perbelanjaan: Tuntutan perbelanjaan meliputi yuran pengajian dan penginapan, buku teks, dan lain-lain yang berkaitan yang difikirkan perlu.
Tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa PEMENANG.
Penerima Biasiswa PEMENANG perlu menandatangani perjanjian biasiswa dengan PEMENANG.
_____________________________________________________________
BORANG PERMOHONAN
Nota: Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Urusetia Biasiswa Kenangan PEMENANG di Persatuan Melayu Pulau Pinang atau e-mel kepada: pemenang@pemenang.org.my
Muat Turun Borang Permohonan Biasiswa
Format Borang:
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temu duga