Encik Muhammad Radhieddeen Bin Abdul Khalid ,anak jati Pulau Pinang, Seorang selebriti hiburan, yang lebih dikenali dengan nama Radhi Khalid, dilahirkan pada 4 Februari 1964 di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Francis Light, Pulau Pinang dan melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Penang Free School Pulau Pinang dalam tahun 1977-1981 dan pada tahun 1982 meneruskan pengajiannya ke Vanto Academy dan Institute Teknologi Mara.

Beliau memulakan karier dalam bidang seni lakonan pada awal tahun 90an menerusi sitcom dan drama Spanar Jaya, Gerak Khas, Kopitiam Gantung, Phua Chu Kang dan Now Boarding bersama Singapore Production. Penglibatan dalam filem yang menaikan nama beliau termasuklah filem Puteri Gunung Ledang, 1957:Hati Malaya, Pisau Cukur, Entrapment (Holiwood

Production) Shadow Play (UK Co-Production) Qaisy & Laila dan Penyu. Teater terpilih pula ialah Merong Mahawangsa, LKY (Singapore Production) dan juga beberapa musical teater. Beliau juga terlibat dalam Program TV, Radio, sebagai Emcee dan Hos rancangan televisyen tempatan.

Beliau kini ialah pengarah syarikat Radhikal Films Sdn Bhd namun disebalik kesibukan karier seninya, Radhi juga aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan termasuk sebagai Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, mengendalikan kelas Bahasa Inggeris kepada golongan kurang berkemampuan dan menguruskan Kelab Bola Sepak Remaja Orang Asal Desa Temuan.

Sepanjang penglibatan lebih 40 tahun dalam industri seni beliau pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM-2005 (Qaisy dan Laila), Best Ensemble – Cameronian Award -2023( Anak Kerbau Mati Emak), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -2005 (Semarai). Audience Choice – Cameronian Award-2013 (Merong Mahawangsa) dan Best Radio Drama (Madinah).