Tarikh : 27 November 2011
Tempat : Dewan PEMENANG, Bangunan PEMENANG, Jalan PEMENANG, Pulau Pinang
Masa : 10:00 Pagi
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Rumah Terbuka PEMENANG 2011
Perayaan Rumah Terbuka PEMENANG telah diadakan di Dewan Besar, Bangunan PEMENANG pada 27 November 2011, bersamaan 1 Muharram 1432H sempena sambutan Awal Muharram 1432H. Seramai kira-kira 350 orang hadirin telah hadir dalam perayaan ini yang terdiri daripada ahli-ahli PEMENANG dan keluarga masing-masing, para jemputan khas dan bekas tokoh-tokh PEMENANG. Para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan dan kuih-muih.Dalam majlis ini, PEMENANG telah menganugerahkan 5 orang sebagai Tokoh PEMENANG dalam bidang tertentu. Lima orang tokoh ini telah dipilih untuk menerima penganugerahan pingat dan sijil penghargaan daripada PEMENANG, bagi mengenang jasa-jasa mereka kepada masyarakat Melayu khasnya.Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PEMENANG di samping berkenalan antara satu sama lain.Mereka yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh PEMENANG ialah:

  1. Profesor Tan Sri Dato’ Zulkifli Bin Abdul Razak (Tokoh Pendidikan)
  2. Encik Anis Yusal Bin Yusoff (Tokoh Kemasyarakatan)
  3. Encik Abdul Hail Bin Amir (Tokoh Kesenian)
  4. Encik Ahmad Bin Haji Ali (Tokoh Sukan)
  5. Puan Hajjah Siti Husna Sheikh Mansoor (Tokoh Agama)