Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah ditubuhkan pada 25 April 2011. Presiden KPPRPP ialah Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
Melalui satu perjumpaan pada 6 Julai 2010 jam 5:15 petang, yang diadakan di Bilik Mesyuarat PEMENANG, Bangunan PEMENANG, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan dan nama yang telah dipilih ialah persatuan Kelab Rakan P. Ramlee. Dalam mesyuarat tersebut juga, pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilakukan. Undang-undang tubuh Persatuan Kelab Rakan P. Ramlee juga telah diterima pakai.
Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang ditubuhkan dengan objektif berikut:
- Untuk mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee
- Berjuang sesama ahli dan pihak yang mendukung tujuan Kelab untuk meneruskan hasrat Seniman Agung dari segi kebudayaan, kesenian, muzik, perfileman, ekonomi, kesukanan serta Kemasyarakatan
- Mencungkil dan menggalakan serta memberi bantuan kepada yang berbakat dalam aliran kebudayaan, kesenian, kesukanan, kebajikan demi meningkat pencapaian.
- Cuba melahirkan sebanyak mungkin seniman serba boleh
- Merancang dan melaksanakan projek-projek berfaedah kepada ahli dan masyarakat
- Mengawal dan mengambil tindakan terhadap penyalahangunaan dalam segala bentuk berkaitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
- Sentiasa bergerak atas Dasar dan Tujuan Kelab
- Mendukung hasrat Kerajaan disemua bidang terutama kebudayaan dan kesenian
- Menggalak dan mengembangkan pergerakan Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang
- Menanam semangat taat setia kepada Raja dan Negara
AHLI JAWATANKUASA
KELAB PEMINAT P. RAMLEE PULAU PINANG (KPPRPP) 2013 – 2015
Presiden
Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff PSN, DGPN, AMN, DJN, KMN, AMN, PPN, JP
Timbalan Presiden
Y. Bhg Dato’ Abdul Rashid bin Ismail DSPN, AMN, PKT, PJK, PJM
Naib Presiden 1
Y. Bhg Prof Dr. Sohaimi bin Abd Aziz
Naib Presiden 2
Y. Bhg Dato’ Bazir Ahmad bin Nazir Ahmad DSPN, DJN, PKT, PJK, PJM
Setiausaha Kehormat
Puan Rosenah binti Ibrahim PKT, PJM
Timbalan Setiausaha Kehormat
Puan Jamilah Khaton binti Zainal Abidin PJK, PJM
Bendahari Kehormat
Encik Ahmad Azhari bin Hamzah PJK, PJM
Timbalan Bendahari Kehormat
Cik Sharifah Juairiah binti Syed Jamal Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Encik Ahmad Yakqub Nazri
Cik Hanim binti Mohamad
Y. Bhg Datin Marina Puteh PKT, PJK, PJM
Puan Norma binti Abdul
Rohani binti Ahmad
Encik Kamarudin bin Kasim
Encik Mohd Fauzi Ibrahim
Encik Azizan bin Darus
Puan Hajjah Zainab Md Ali
Pemeriksa Kira-kira
Encik Kamarudin Kassim
Cik Rohani Ahmad
Rujukan Pendaftaran Pertubuhan: 2071-11-PPG