
Tuan Haji Md Rosli Ab Rahman dilahirkan pada 20 Februari 1953 di alamat 158, mukim 11, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima Pendidikan Awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar pada tahun 1960-1965 dan Bayan Lepas National Type Scondary School pada tahun 1666 hingga 1969 seterusnya pada tahun 1970-1971 di Jelutong Secondary School,Pulau Pinang.
Berbekalkan kelulusan Malaysian Certificate of Education ketika itu, Md Rosli bekerja dengan Pos Malaysia Berhad dan bermula dari seorang kerani beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pos, kemudian sebagai Production Planner Pos Malaysia Pulau Pinang dan Pusat Mel KLIA, seterusnya bertugas di Negeri Perak sebagai Pegawai Penyiasatan Pos Malaysia ,bertukar ke Bangi Selangor sebagai Pengurus Mel dan Pengurusan Mel Nasional di Shah Alam, Selangor. Didalam masa kesibukan bekerja, Md Rosli masih memperuntukan waktu untuk berkecimpung dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan, sosial dan politik. AntarajJawatan-jawatan yang pernah di pertanggungjawabkan ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (Lantikan Menteri), Ahli Jawatankuasa JUVANA Teluk Kumbar dan Sungai Batu (Lantikan Menteri) dan Setiausaha Persatuan Sepakraga Negeri Pulau Pinang. Setelah bersara, beliau kini memegang jawatan Pengerusi Kesetiaan Melayu Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan aktif menjaga kebajikan dan kesejateraan masyarakat Teluk Kumbar dan Sungai Batu dengan menganjurkan program motivasi untuk pelajar SPM.
Beliau sekarang adalah AJK PEMENANG selain Ketua UMNO Cawangan Sungai Batu Pantai, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kampong Sungai Batu Pantai, Ahli Jawatankuasa PEMENANG dan Ahli Jawatankuasa IKATAN( Gabungan NGO-NGO Melayu Pulau Pinang) dan Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.Pulau Pinang