YBhg Dato’ Haji Abdullah bin Mohd Sultan telah dilahirkan pada tahun 1956 di Sungai Pinang, Pulau Pinang, beliau telah menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa (sekarang: Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee) dan selepas itu meneruskan pelajaran diperingkat menengah di Sekolah Abdullah Munshi, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang. Setelah tamat di alam persekolahan, beliau berkecimpung pula didalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan, sosial dan politik.

Semasa menjadi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri pelbagai jawatan telah disandang di pelbagai jabatan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri. Beliau telah pun berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan awam selama 30 tahun dan Pejabat terakhir sebelum bersara dari perkhidmatan awam pada tahun 2014 adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berdasarkan pada pengalaman sebagai anggota perkhidmatan awam, pelbagai jawatan telah disandang demi untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat, di Daerah dan Negeri Pulau Pinang. Atas jasa bakti yang telah dicurahkan kepada masyarakat, pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan pingat dan darjah seperti:

  • Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang bergelar Dato’
  • Darjah Johan Negeri (DJN)
  • Ahli mangku Negara(AMN)
  • Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
  • Pingat Jasa Masyarakat (PJM)

Terkini Dato’ Haji Abdullah Mohd Sultan telah menyandang jawatan:

  • Naib Presiden PEMENANG
  • Yang Di-Pertua Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Ahli Majlis Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
  • Presiden Kelab Gelugor Pulau Pinang
  • Pengerusi Muafakat Sungai Gelugor, Pulau Pinang
  • Timbalan Pengerusi Veteren MAYC Negeri Pulau Pinang
  • Pengerusi Koperasi SHAMELIN Berhad Negeri Pulau Pinang.